Uploaded with ImageShack.us

Tuesday, October 30, 2012

Cerpen : Kisah Persahabatan


                Kelihatan Erma menunggu seseorang di hadapan pagar sekolah. Dia kelihatan sangat gelisah. Di dalam minda dia mengandungi berbagai-bagai soalan yang ingin dia tujukan kepada sahabatnya itu. Sejak dia dan sahabatnya itu tidak berada di dalam kelas yang sama, mereka berdua semakin jarang bertegur.Malah, setiap kali Erma mengajaknya untuk berjalan-jalan ke Shopping Mall, pasti ada alasan sahabatnya berikan.
                Sedang Erma leka memikirkan apakah masalah rakannya yang sering menghindar daripadanya, kelihatan sahabatnya keluar dari pagar sekolah.Erma lantas mengejar sahabatnya.
                “Della!” Della yang sedang khusyuk berbual dengan rakannya lantas memaling ke arah Erma. Seketika kemudian Della menghadap rakannya kembali.Erma yang tidak puas hati akan sikap Della yang tidak mengendahkannya lantas berdiri di hadapannya.Della terkejut akan kelakuan Erma.
                “Eh,Erma. Emm..Ada apa?” Della kata sambil senyum. Erma membalas senyuman Della.
                “Sabtu ni kita jalan-jalan kat Times Square nak tak? Lama kita tak pergi sana.” Tanya Erma riang. Della mengeluh.
                “Tak dapat la Erma…Saya perlu pergi tuisyen sabtu ni. Sejak purata mata pelajaran saya menurun, ayah saya memarahi saya dan setiap hari saya perlu pergi tuisyen untuk meningkatkan lagi purata saya.Maafla.” Ternyata Erma kecewa.Tetapi dia tidak memaksa, dia memahami akan situasi Della.Erma hanya mengangguk.
                “Okeyla, Saya perlu pergi.Nanti perlu pergi tuisyen.Bye.” Sebelum Erma membalas, Della terlebih dahulu meninggalkan Erma.Erma hanya memandang dari jauh.
**********
                Erma sedang duduk menghadap buku Sejarah sambil menopang dagunya. Mata pelajaran tersebut sememangnya membuat dia bosan tahap gaban.Diselak-selaknya lagi muka surat buku tersebut dan akhirnya dia mengeluh. Petang itu otaknya langsung tidak dapat memproses apa-apa yang dibaca olehnya. Ketika itu otaknya asyik berfikir akan Della yang telah berubah sikap terhadapnya.
                Tok!Tok!Tok! Kedengaran pintu bilik Erma diketuk. Erma hanya memandang pintu biliknya, malas untuk menyaut. Seketika kemudian terjengul kepala ibunya dari luar. Ibunya tersenyum.
                “Boleh mama masuk?” Erma hanya mengangguk.Lantas ibunya duduk atas katil Erma. Erma membalas senyuman ibunya.
                “Erma sedang buat apa? Ini mama ada tolong buatkan ribena untuk Erma” Ibu Erma menghulurkan segelas ribena kepada Erma.
                “Terima kasih, ma. Erma sedang belajar Sejarah. Huh…tapi, tak masuk apa-apa pun dalam otak ni.” Kata Erma sambil menekan-nekan dahinya.Ibunya hanya tersenyum melihat gelagat anaknya.
                “Erma ini tertekan sangat mama tengok. Erma tak jalan-jalan dengan kawan lagi ke? Pergi Shopping Mall ke..”Tanya Ibu Erma. Risau juga dia melihat anaknya yang lebih memerapkan diri di dalam bilik setiap hari.Erma mengeluh lagi.
                “Della sibukla mama..” Ujar Erma. Ibunya mengangkat kening.
                “Takkanlah Erma berkawan dengan Della saja? Jalan-jalan lah dengan kawan lain.” Erma tiba-tiba tersengih.
                “Haa..taknak lah. Malas. Lagipun Erma malu rasa jalan-jalan dengan orang lain, rasa macam janggal saja.” Ibu hanya menggelengkan kepala.
                “Kalau macam tu bila Della boleh keluar? Erma tak ajak dia ke?” Tanya ibunya. Tahun lepas hampir setiap minggu mereka berdua berjalan-jalan ke Shopping Mall. Tapi, tahun ini mereka belum pernah keluar ke mana-mana.
                “Erma ada ajak. Tapi…Della sibukla mama. Dia setiap hari ada tuisyen.Erma taknak paksa.” Adu Erma.Ibunya hanya tersenyum. Dia tahu Erma ingin memberitahu sesuatu mengenai mereka berdua.
                “Erma dan Della ada masalah ke?”
                “Entahlah,mama.Della nampak seperti ingin menjauhkan diri daripada saya.Saya ada buat apa-apa salah dengan dia ke mama?Setiap kali saya tanya apa masalahnya, dia hanya menafikan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa masalah. Kadang-kadang saya merasakan hubungan persahabatan kami berdua sudah tiada,HILANG! Erma dah tak faham dah.” Erma hanya menunduk.Dia sememangnya sangat risau akan pertalian persahabatannya dengan Della.
                “Mungkin dia memang sibuk tu..yala, setiap hari ada tuisyen,mesti dia sangat letih. Lain kali kalau Erma dan Della ada masa bersama, korang boleh berbincang,kan?” Erma hanya termenung memikirkan kata-kata ibunya.Ibu lantas berdiri dan ingin keluar dari bilik Erma.
                “Erma rehat dulu.Nanti sambung belajar.Lagipun cerita Nada Cinta dah lama mula.” Erma yang termenung lantas tersedar selepas mendengar ibunya menyebut cerita kegemarannya.
                “Aaarr!!Mama!!Kenapa tak cakap awal-awal Nada Cinta dah mula??” Erma bergegas keluar dari biliknya dan ke ruang tamu.Ibu hanya ketawa.
**********
                “Baiklah.Sampai di sini sahaja pelajaran kita.Jumpa minggu depan semua.” Ujar Cikgu Rokiah iaitu guru tuisyen Della. Della segera mengemas buku-buku dan alat tulisnya.Selepas siap berkemas, Della berjalan keluar meninggalkan Pusat Tuisyen. Dalam perjalanan balik ke rumah, Della seperti merasakan dirinya diekori. Apabila Della memaling ke belakang, dia tidak melihat sesiapa di belakangnya. Della meneruskan perjalannya. Tidak sampai seminit, tiba-tiba badan Della ditarik. Sebelum Della sempat menjerit, orang yang menariknya lantas menekup mulutnya. Della diheret ke kaki lima dan dia ditolak ke tepi dinding.Della hanya mengaduh.
                Della tidak dapat mengenali siapa yang menolaknya kerana lelaki tersebut mengenakan topeng. Kelihatan lelaki tersebut tersenyum miang memandang Della.Della mula merasakan bulu romanya meremang.Della mula berasa takut.
                “Jangan!Jangan!Jangan ganggu saya!Saya mohon encik! Jangan ganggu saya!” Pohon Della sambil menangis.Dia benar-benar berasa takut dan mengharap sesiapa menolongnya. Lelaki tersebut tidak peduli akan rayuan Della.Malah, dia semakin mendekati Della yang masih duduk akibat tolakannya tadi.
                “Tolong,encik!!!Jangan!!Jangan apa-apakan saya!” Jerit Della.
                Kelihatan Erma sedang membeli sedozen telur di Market 24 hour. ‘Mama ni…malam-malam macam ni juga dia suruh saya beli telur.Esok tak boleh ke? Tak boleh tengok hidup saya senang sikit ke? Aiya..’ Sementara Erma sedang melayan perasaannya, kedengaran seperti ada seseorang menjerit meminta tolong.
                “Aaarrghh!Tolong!Tolong!Jangan ganggu saya!Tolong saya!” Suara tersebut semakin kuat menandakan orang tersebut tidak jauh dari tempat Erma berdiri.Namun Erma berasa hairan.Suara tersebut seperti dia kenal.Setelah berfikir,’Della!’ Erma lantas berlari ke arah suara jeritan Della.
                “Woi,Miang!Lepaskan dia!”Jerit Erma selepas terjumpa Della. Lelaki tersebut terus menghentikan kerja terkutuknya.Lelaki tersebut tidak berasa gentar malah semakin gembira.
                “Kenapa,dik? Adik nak jugak? Hahahahaha” Lelaki tersebut ketawa terbahak-bahak.Kedengaran Della menangis teresak-esak kerana masih takut.Erma menjengilkan matanya.
                “Boleh…Boleh blah la miang!” Marah Erma tanpa berasa takut. Lelaki tersebut yang masih ketawa terus berhenti.Lelaki tersebut berasa sangat marah atas keberanian Erma.
                “Kurang ajar!” Lelaki tersebut meluru ke Erma dengan sebatang kayu di tangannya. Sebelum lelaki tersebut sempat memukul Erma, dia terlebih dahulu memukul kepala lelaki tersebut dengan plastik yang mengandungi telur dibelinya tadi.
                “Aduh!” Lelaki tersebut terus memegang dahinya yang sakit.Erma mengambil kesempatan dengan menendang lelaki tersebut.Lelaki tersebut kurang stabil dan jatuh.Tanpa membuang masa, Erma memukul lelaki tersebut sekali lagi dengan plastik mengandungi telur-telur sekali lagi.
                Seketika kemudian badan lelaki tersebut tidak bergerak lagi.Erma terus menghentikan pukulannya. ‘Alamak!Dia dah mati ke? Biarlah, lagi bagus dia mati.Miang!’ Kutuk Erma dalam hati. Erma terus mendapatkan Della yang masih menangis.
                “Della.Ini Erma.Jom,kita balik rumah saya dulu.Hari dah lewat malam ni.Lagipun rumah saya dekat lagi.Jom.” Della hanya mengangguk sambil berdiri.Dia juga mengaturkan bajunya.Erma tolong memapah Della.Semasa mereka berdua melalui depan lelaki tadi, Erma sempat lagi menendang kepala lelaki tadi.
                “Saya dah balik,mama!” Laung Erma selepas masuk ke dalam rumahnya.Della hanya mengikutinya.
                “Ha! Mana te….”kata-kata Ibu Erma lantas tersekat selepas memandang Della berdiri di sebelah anaknya.Erma yang memahami akan reaksi ibunya hanya tersenyum.
                “Nanti Erma ceritakan.” Erma terus membawa Della masuk ke biliknya. Ibunya masih berdiri memandang mereka berdua berlalu dari situ.
                “Duduklah.”Kata Erma menyuruh duduk atas katilnya terlebih dahulu.Della masih mendiamkan diri kerana dia masih dalam keadaan trauma.Erma berasa kesian melihat Della.Sungguh bernasib baik Della kerana pada waktu perkara ngeri tersebut berlaku dia berada di situ.
                “Saya keluar dulu nak ambil air untuk awak.Saya juga ingin menelefon ayah awak yang awak bermalam di sini malam ni.” Erma beritahu Della.Della hanya mendiamkan diri.Erma hanya senyum dan meninggalkan biliknya.
                Seketika kemudian Erma kembali ke biliknya dengan segelas air suam di tangannya. Erma menghulurkan gelas itu kepada Della, namun tidak disambutnya. Kelihatannya Della sedang termenung jauh.Mungkin dia masih trauma.Erma meletakkan gelas air atas meja solek.
                Erma duduk di sebelah Della dan merangkul bahu Della.Della memandang wajah Erma. Lantas Della meletakkan kepalanya atas bahu Erma sambil menangis teresak-esak. Erma mengusap-usap kepala Della untuk memujuknya.Della menangis semahu-mahunya pada malam itu.Hatinya sememangnya berasa sangat kesal dan takut ketika itu.
**********
                Pada pagi itu Erma dan Della sarapan bersama-sama.Ibu Erma awal pagi sudah bertolak bekerja. Hari itu ialah hari Sabtu.Erma dan Della ketika itu tidak berbicara.Masing-masing melayan perasaan sendiri.Erma memandang Della.
                “Awak tak apa-apa?”Tanya Erma. Della hanya menggelengkan kepala sambil makan nasi goreng.Dia langsung tidak memandang Erma.Erma hanya mengeluh. ‘kalau Erma dan Della ada masa bersama, korang boleh berbincang’. Kata-kata ibunya dahulu terngiang-ngiang di telinganya. Erma mengangguk, mungkin sekarang adalah waktunya.
                “Kenapa awak selalu menjauhkan diri daripada saya?”Tanya Erma serius. Della berhenti mengunyah dan memandang Erma.Dahinya berkerut.
                “Bukan awak ke yang selama ini tak mempedulikan saya?” Erma membesarkan matanya.
                “Tak peduli apa nya?? Setiap kali aku ajak kau jalan-jalan kau tolak.Siapa tak peduli siapa ni?”
                “Yela tu…Dulu masa saya lalu depan awak, awak tak mempedulikan saya langsung.Macam saya ini tak wujud je.”
                “Eleh! Macam la dia ada layan saya.Masa saya memanggil nama awak.Awak buat tidak tahu je…”
                “Siapa cakap aku tak peduli?”Jerit Della.
                “Siapa cakap aku tak peduli jugak?”Jerit Erma balik.Seketika mereka berdua diam membisu.Memandang antara satu sama lain.Seketika kemudian mereka berdua ketawa. Rupa-rupanya selama ini hanya salah faham.
                “Sebenarnya saya berasa malu kerana awak lebih bagus daripada saya.Kita berdua sudah tidak setaraf. Pada mulanya saya tidak kisah dengan perkara itu, tapi semakin hari saya dapat merasakan hubungan persahabatan kita berdua semakin renggang.Jadi saya memikirkan lebih baik saya tidak menganggu awak lagi.”Kata Della dengan nada sedih.Erma hanya mengeluh.
                “Walaupun kita berlainan kelas, kita tetap kawan tau.Kalau awak merasakan perbezaan kelas merupakan penghalang persahabatan kita berdua,saya akan membantu awak.Saya akan membantu awak meningkatkan purata awak.Kalau boleh, saya akan turunkan purata saya, supaya kita berdua berada di dalam kelas yang sama dan kekalkan talian pershabatan kita berdua.” Ujar Erma. Della ketawa mendengar kata-katanya.Della hanya mengangguk.Selepas itu mereka berdua saling berpelukan.
                “Awak jangan pergi tuisyen lagi.Biar saya jadi cikgu awak,setiap hari selepas waktu sekolah, kita akan belajar di rumah awak.Saya taknak peristiwa itu berlaku lagi.” Jelas Erma.
                “Terima kasih sangat sebab sudah menyelamatkan saya semalam.Saya tidak tahu apa akan berlaku kalau awak tak muncul semalam.Saya betul-betul berasa takut.” Kata Della.Air matanya mengenang lagi.Erma menyeka air mata Della.Erma tersenyum.
                “Sudahlah.Jangan difikirkan lagi. Yang penting awak selamat sekarang. Lagipun saya rasa lelaki tu dah mati kot.Yala..kena pukul dengan sedozen telur katakan.hahaha” Kata Erma tanpa berasa bersalah. Buat apa berasa bersalah dengan orang miang macam itu? Sekali lagi Della gelak. Erma senang hati melihat keadaan Della pagi ini.
**********
                Selepas itu, Erma menceritakan peristiwa Della yang hampir diperkosa kepada keluarga Della. Keluarga Della sangat terkejut mendengar cerita Erma.Erma menyarankan agar Della tidak ke tuisyen lagi malah dia menawarkan diri untuk menolong Della.Keluarga Della bersetuju akan cadangannya.
                Setiap hari selepas waktu persekolahan, Erma dan Della akan belajar di rumah Della. Semakin hari purata Della semakin bertambah dan akhirnya dia ditempatkan di dalam kelas bersama dengan Erma.Semoga pertalian persahabatan mereka Erma dan Della akan kekal selama-lamanya.

Cerpen : Diari Sahabat Yang Kucintai


29 Mei 2011 – Ketika itu aku baru sahaja tiba di Sekolah Menengah Penrissen. Aku melirik ke jam tangan. Alamak! Saya dah terlambat.Matilah saya kena marah cikgu. Aku lantas berlari supaya segera tiba ke kelas saya.Dalam hati berdoa agar Cikgu Asri tidak memarahiku yang sememangnya terkenal akan sikapnya yang sangat tegas.
                Setelah tiba di kelas 5sn1, saya terus mengetuk pintu kelas saya. “Maafkan saya cikgu, saya sudah terlambat.” Lantas Cikgu Asri memaling menghadap wajah saya. Tapi hairan, malah Cikgu Asri tersenyum dan hanya mengangguk kepala. Saya dengan teragak-agak melangkah masuk ke dalam kelas. Semasa saya berjalan ke arah tempat duduk saya, saya melihat rakan-rakan tersenyum-senyum melihatku. Apa kes ni??
                Tanpa menghiraukan sengihan-sengihan mereka, saya terus duduk.
                “SELAMAT HARI JADI!!” Jerit rakan-rakan saya. Aku yang baru mengeluarkan buku dari beg terlepas gara-gara terkejut dengan sergahan mereka. Lantas aku ketawa. Rupa-rupanya hari ini adalah Hari jadi aku! Macam mana ku boleh terlupa! Seorang demi seorang menghadapku untuk memberi hadiah dan ada juga hanya bersalam. Tetapi, hairannya. Kenapa kawan saya seorang ini tidak memberi hadiah atau menyalam saya? Saya memandang dia yang berada di hujung sana. Kelihatan dia sibuk menulis sesuatu atas buku seperti tidak berminat untuk mengucap Hari Jadi kepadaku. Timbul sedikit perasaan marah melihat perlakuannya.Kawan baik konon!
                Masa untuk rehat, aku ingin melangkah tetapi dihalang oleh seseorang. Rupa-rupanya KAWAN BAIK aku tadi~huh! Aku tidak mengendahkannya terus menolaknya ke tepi dan berlalu depannya.
                “Armisha!”Panggilnya. Tetapi ku tidak menghiraukannya. “Armisha Deilla!!” Lantas ku berhenti. Korang nak tau sesuatu? Kalau dia memanggil namaku dengan nama penuh, itu bermakna dia sangat marah. Kalau bab dia marah ni, si raksasa pun kalah. Lantas ku memalingkan muka memandangnya.
                Aidan, kawan baik ku terus tersenyum. Dia berjalan ke arahku. Dia terus menyuakan sebungkus hadiah kepadaku.
                “Nah.Selamat Hari Jadi.” Katanya. Tetapi matanya menghadap ke lain. Nak kontrol macholah konon.Aku berasa sangat gembira dan terus memeluknya.Dia terus memukul kepalaku. Aku hanya menggosok kepalaku.
                “Suka hati kau peluk aku. Aku nih mahal nak dipeluk-peluk.” Katanya berjenaka. Aku hanya ketawa dan ingin memeluknya sekali lagi, tetapi ditolaknya lagi.
                Nak tau apa hadiah dia? Ni ha… Diari. I LOVE YOU MY DIARI.

19 July 2011 -  Saya sebenarnya sudah jatuh hati dengan kawan baik saya sendiri. Ya! Saya telah jatuh hati dengan Aidan Alasdair. Oh~ sebelum itu, korang mesti berasa pelik dengan nama Aidan. Memang pelik pun..ahahahaha! Aidan itu anak kacukan Cina dan Francis. Tapi dia tidak tau ber-speaking francis pun.  Nasib baik namanya bukan De Fashiocarpelinie. Hah! Camna nak panggil nanti? Berbelit-belit lidah nak panggil.
                Okay! Back to the topic~ Aku sebenarnya dah lama suka dengan dia. Bukan salah aku pun suka dengan dia, dia yang salah. Setiap hari dia layan aku dengan baik. Malah dia itu terkenal dengan sikap garang dengan orang lain. Sebab itu orang selalu cakap dengan aku, “Tahan juga kau berkawan dengan Si Aidan tu? Dahlah garang.” Aku hanya senyum. Mereka salah. Aidan seorang yang baik, baik dengan aku je (=.=”).
                Aku nekad nak luahkan perasaan aku dengan dia.Lantas aku mengambil telefon bimbit ku.Tanpa membuang masa aku terus dail nombor Aidan.
                “Hello, Armisha.” Mendengar suara dia sahaja sudah membuat jantungku berdegup kencang.
                “Ai…Aidan…” Gagapku menjelma!
                “Ye, Armisha. Ada apa?” Tanya dia.
                “Kita berjumpa esok boleh?” Tanyaku pula.
                “Okey. Di mana?”
                “Tempat biasa.”
                “Okey.” Dia setuju dan meletakkan telefonnya.Aku menarik nafas. Mengumpul tenaga untuk meluahkan perasaanku.
20 July 2011 -  Sekarang aku dah sampai di tempat biasa tu. Nama tempat biasa itu “Taman Syurga”. Ahaha…memang tempat tu macam syurga je aku tengok. Cantik je permandangan dia. Dekat sinilah aku dan Aidan pertama kali bertemu. ############# (imbas kembali dulu)##############
                Aku sedang berjogging sambil menikmati permandangan Taman ‘Syurga’. Tiba-tiba terasa badanku terlanggar seseorang dan ku terus tersungkur.
                “Aduh…” Aku pun mengaduh.Terus aku mengangkat wajahku memandang siapakah yang suka hati mak bapak dia langgar aku.
                “Woi! Buta ke?” Marah lelaki yang melanggar aku.Terbeliak mataku. Terusku berdiri.
                “Maafkan saya. Saya tak sengaja.” Kataku lemah lembut. Tapi dalam hati membara dah kemarahan.Dahlah langgar orang sampai jatuh, tak minta maaf pula! Sabar…sabar…sabar….
                “Lain kali pandang ke depan! Jangan macam apa entah berlari tak pandang orang.” Herdik dia lagi.Aku hanya mengangguk. Kerana tak nak empangan kesabaran aku roboh, aku terus ingin pergi dari situ.Tapi tiba-tiba aku jatuh sekali lagi.Kaki aku sakit! Mungkin dah terseliuh.Ni kau punya pasal la lelaki! Marahku dalam hati.
                “Awak tak apa-apa?” Tanya lelaki itu pula.Timbul kerisauan di wajahnya. Aik? Tau pulak dia risau.Tadi bukan main marah.Aku hanya mendiamkan diri.Malas nak jawablah. Melihatku yang tidak menunjuk apa-apa reaksi kepadanya.Dia terus mengangkat aku.Aku yang terkejut dengan kelakuannya terus menjerit kecil.
                “Diamlah kau.Mengada-ngada nak menjerit.” Marah dia lagi.Aku terus diam. Dia ni baik ke jahat sebenarnya? Selepas itu dia dudukkan aku dekat salah satu kerusi panjang.Dia melutut di depanku dan membuka kasutku.Diurutnya perlahan-lahan kakiku.Aku hanya gigit bibirku supaya tidak terjerit. Kadang-kadang matanya melirik ke arah aku.
                “Kaki kau seliuh je ni..”Katanya.Aku hanya mengangguk.Kemudian dia duduk di sebelahku.
                “Aku Aidan Alasdair.” Katanya.
                “Hah? Ape?” Tanyaku. Ape nama dia tadi?
                “ Aidan. A.I.D.A.N”
                “Owh…pelik betullah nama dia.” Bisikku sendiri.Tetapi kedengaran sampai ke telinganya.
                “Aku orang Francis.Itu yang nama aku pelik.” Aku lantas tersengih-sengih.
                “Kau ni? Siapa nama?” Tanya dia lagi.
                “Armisha..Armisha Deilla.” Dia hanya mengangguk.
########################
                Aku pun terus melangkah ke jambatan yang dihias dengan bunga-bunga biru dan ungu. Aku melirik jam tangan. Baru 5 minit berlalu. Sekejap lagi Aidan sampailah tu.
                “Armisha!” Panggil Aidan.Lantas ku memaling dan tersenyum memandangnya.Dia membalas senyumanku.Aduh…Hensemnye dia….
                “Ada apa nak jumpa ini? “Tanya dia.
                “Saya…saya..nak beritahu sesuatu dekat awak.” Kataku dengan suara kecil tetapi jelas di pendengarannya.
                “Apa yang awak nak bagitahu tu?” Senyuman masih tidak lekang di mulutnya. Makin gugup rasanya melihat senyumannya. Macam mana kalau dia tidak menerimaku? Macam mana kalau pertalian persahabatan kami berdua selama ini akan hancur gara-gara luahan perasaan aku ini?
                “Saya…saya sukakan awak! Saya harap perhubungan kita berdua lebih dari persahabatan Aidan.” Kataku sambil memandang anak matanya. Jelas riak wajahnya berubah. Tiada lagi senyuman di mulutnya.Kelihatan dia sedang mengusap-usap kepalanya dan meraut wajahnya dengan tangannya. Akhirnya dia mengeluh.
                “Maafkan saya,Armisha. Saya…saya tidak boleh menerima awak.Maafkan saya.” Lantas dia berpaling meninggalkan aku.Setelah beberapa langkah, dia berpaling menghadapku sekali lagi.
                “Saya berasa lebih selesa dengan perhubungan kita berdua sekarang ni.” Dan dia pergi meninggalkan aku sendirian berdiri di tengah-tengah jambatan. Air mataku menitis tanpa ku sedar. Hujan pula menuruni secara tiba-tiba seperti memahami akan perasaan aku sekarang.. Aku hanya memandang susuk badan Aidan yang meninggalkan aku sendirian.Maafkan aku,Aidan. Aku sepatutnya tidak meluahkan perasaan aku ini. Betapa bodohnya diriku ini. Siapalah diriku ini untuk menjadi kekasihnya Aidan.
20 September 2011 – 2 Bulan aku dan Aidan tidak bertegur. Kami berdua saling menjauhkan diri apabila ketemu.Tetapi, tidak hari ini. Aidan telah menegur ku kembali. Tetapi tegurannya sangat mengejutkan hari ini.Saya tidak tahu apakah saya sepatutnya gembira atau sedih pada masa itu.
                Kelihatan Aidan berjalan ke arahku. Lantas ku berpaling untuk menjauhkan diri daripadanya. Aku masih berasa malu dengan luahanku 2 bulan lepas.
                “Armisha,tunggu!” Jerit Aidan memanggilku.Lantas ku memandang wajahnya.Dahiku berkerut seolah-olah menanya dia apa yang dia nak?
                “Saya..Awak..umm…” Aik? Gagapnya menjelma~ XD
                “Ada apa Aidan?”Tanyaku.
                “Saya setuju dengan permintaan awak hari itu.” Dahiku berkerut lagi. Bila masa pula aku minta sesuatu daripada dia nih? Setahu aku lama kami berdua tidak bertegur.
                “Permintaan? Maksud awak?” Tanyaku sekali lagi.
                “Permintaan awak masa di Taman Syurga. Awak ingin hubungan kita berdua lebih dari persahabatan. Saya setuju.” Katanya dengan serius. Bagaikan tidak percaya aku hari ini. Aku mengeluh.
                “Janganlah memaksakan diri, Aidan. Cinta tidak boleh dipaksa.”
                “Tak! Saya tidak memaksa diri. Saya betul-betul sukakan awak!” Katanya dengan penuh yakin.
                “Habis tu, kenapa awak tidak terima saya 2 bulan lepas? Kenapa baru hari ini?”
                “Masa itu saya bingung dengan perasaan saya ini.Saya perlu menafsir perasaan saya ini terlebih dahulu.” Aku hanya mengangguk dan terus memeluknya. Kali ini dia tidak menolakku. Malah semakin erat pelukannya.Selepas itu dia merenggangkan pelukan kami.
                “Tapi. Hubungan kita berdua ini hanya 3 bulan je.” Aku membulatkan mataku. Apakha? Siap ada tarikh luput hubungan kami berdua dia bagi?
                “Apa?” Tanyaku terkejut.
                “Awak akan tahu kenapa saya bercakap demikian suatu hari nanti. Bagaimana Armisha? Sudikah awak menjadi kekasih hatiku?” Tanya dia sambil menggenggam tanganku. Ah! 3 bulan pun 3 bulanlah. Asal aku dapat merasa menjadi teman wanita dia.Lantas aku mengangguk. Aidan pun mencium bibirku. Berasa terkejut dengan tindakan dia terus ku menampar lengannya. Pipi ku merah sekali hari ini. Dia hanya ketawa terbahak-bahak.
29 September 2011 -  Yeahhh!! Hari ini first date aku dengan Aidan. Kami berdua berjanji bertemu di Shopping Mall. Nampaknya asyik aku yang datang lebih awal daripada dia. Ataupun aku ni yang tak sabar-sabar nak berjumpa dengan dia.
                Dari jauh ku dapat melihat kelibat Aidan berjalan ke arah aku. Dia hari ini mengenakan baju T berwarna biru muda dan seluar jeans. Kelihatan juga dia mengenakan topi dan cermin mata hitam. Aisehman..hensem betollah pakwe aku nih. Kehadiran Aidan sememangnya menarik perhatian beberapa perempuan yang di sekitarnya. Timbul juga perasaan cemburu tengok orang memandang dia.
                “Sorry,Sayang. Saya lambat.” Katanya. Aku hanya tersenyum. Peliklah aku ni, dengan orang yang tidak dikenali pun nak cemburu. Aidan yang perasan akan reaksi wajahku terus bertanya.
                “Err..Kenapa ni Misha? Marah sangat ke saya datang lambat ni?” Dia mula berasa risau.
                “Awak hensemlah.” Kataku. Tidak menjawab pertanyaan dia tadi. Terus Aidan ketawa. Dia terus mengusap-usap kepalaku.
                “Awak ni cute la..terus terang betol. Kadang-kadang kawal sikit mulut tu.” Katanya sambil mencubit ala-ala manja bibirku. Jelas beberapa perempuan yang lalu depan kami berdua berasa cemburu. Yela kan..perempuan macam aku ini dapat bersama dengan lelaki seperti Aidan.
                “Jomlah.” Aidan terus menarik tanganku masuk ke dalam Shopping Mall. Kami berdua hari ini nak tengok wayang. Cerita ape? Aku pun tak tau. Dia tak cakap pun.
##################
                Selepas mendengar tajuk cerita yang akan kami berdua tonton, aku meneguk air liur. Uwaaa~~ Aidan!!! Kenapa awak bawa saya tengok cerita hantu????? Macamlah awak tidak tahu saya ini takut tengok cerita macam tu.Rasa nak menangis masa itu.Saya betul-betul merayu dengan dia tengok cerita lain.
                “Macam mana ni,sayang? Aidan dah beli tiket wayang cerita tu. Membazirla nanti.” Itulah salah satu alasannya. Aku betul-betul nak menangis ni. Dengan berasa marah, ku pukul-pukul badannya. Dia pula hanya ketawa. Aku tau dia sengaja!
                Selepas masuk ke dalam panggung wayang, cerita tersebut pun bermula.Dari awal hingga akhir, aku langsung tidak melihat.Aku hanya meletak wajahku di dada Aidan sambil tanganku menutup telingaku.Terasa lengan Aidan memelukku.Pengatal juga Si Aidan ni rupa-rupanya. Diam-diam aku mengangkat wajah dan memandang Aidan. Kelihatan dia tersenyum-senyum. Kan aku dah cakap, Aidan ni gatal orangnya! Tiba-tiba kedengaran suara menjerit dari panggung wayang terus membuat aku terkejut dan melatah.
                “Opocot Aidan orang gatal!” Latahku. Mataku terus ditutup. Tanganku pula menepuk-nepuk mulutku.Kurang ajar punya mulut!~
                “Kan Aidan dah cakap sebelum ni…mulut tu kena jaga sikit…” Kata Aidan dengan perlahan tetapi jelas di telingaku.Aku mengangkat kepala dan melirik dia. Mulut dia masih tersenyum-senyum. Melihat aku yang mendongakkan kepala, sekali lagi Aidan mencium bibirku. Aku terus terkejut dan merenggangkan pelukannya.Dia hanya membiarkan sahaja.
                Tetapi apabila saya menghadap skrin panggung wayang, cun cun wajah hantu muncul. Terus aku menjerit dan meletak muka di dada Aidan sekali lagi. Kedengaran Aidan ketawa kecil. Siap lah awak Aidan!!!
                Akhirnya berakhir jua kesengsaraan aku dalam panggung wayang tadi. Memang sah aku tak nak tengok cerita macam tu! TITIK!
                “Sayang nak makan ape?” Tanya Aidan. Aku tidak menjawab. Nak merajuklah kononnya. Hohohoho.Dia hanya membiarkan aku melayan perasaan aku lepas itu.
                “Okey…Aidan janji tak bawa sayang tengok cerita macam itu lagi.” Janjinya. Akhirnya aku senyum.
                “Ulang suara~ Sayang nak makan ape?” Tanya dia sekali lagi.
                “Nak makan aiskrim.” Kataku. Aidan terus mengangguk dan menggenggam tanganku. Sememangnya Aidan sangat mencintaiku. Tetapi kenapa dengan tempoh 3 bulan itu? Apa maksudnya dengan 3 bulan itu?
12 November 2011 – Hari ini merupakan Hari Ko-kurikulum di sekolah aku. Macam-macamlah benda orang jual kat sekolah hari ini. Kerja aku kali ini pulak jual duit a.k.a beli makanan. Lepas boring jalan-jalan kat kawasan sekolah. Aku terus melangkah ke dewan sekolahku. Aktiviti di dalam dewan selalunya orang bertanding menyanyi dan buat show apa entah.
                Aku mengambil tempat duduk di tengah-tengah. Senang nak tengok muka orang menyanyi nanti. Hehehe. “Dipersilakan peserta seterusnya Aidan Alasdair!~” Umum Aliff yang merupakan pengacara aktiviti tersebut. Aku yang mendengar nama Aidan lantas tepuk tangan. Pakwe aku nak nyanyi tu…..Ahakz~
                Kelihatan Aidan naik ke atas pentas sambil membawa gitarnya. Lantas dia tersenyum kepadaku selepas mata kami berdua bertembung.
                “Lagu ini khas untuk kawan baikku merangkap kekasihku, Armisha” Katanya sambil tersenyum. Dewan mula riuh dan hampir semua orang memandangku. Kawanku yang duduk di sebelah menyiku aku. Aku hanya tersipu-sipu. Bikin malu aja sih elo nih Aidan..eh? bahasa indon terkeluar pulak.
                Aidan mula memetik tali gitar dan menyanyi. Shhh…aku nak fokus dengar lagu dia. Jangan bising!
Do you hear me,
 I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard
Rupa-rupanya dia menyanyi lagu “lucky- Jason Mraz” Lagu itu ada kaitan dengan kami berdua ke? Biarlah, sambung dengarlah.
I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will
Ooohhh……

Semua orang termasuk aku bertepuk tangan selepas Aidan habis menyanyi. Aidan terus turun dari tangga pentas dan berjalan ke arah aku. Rakanku menyiku aku dan segera beredar dari situ. Aidan terus duduk disebelahku dan gitarnya diletak disebelahnya. Pengacara mula menyebut nama peserta seterusnya tetapi kami berdua tidak mengendahkannya. Mata kami berdua bertaut. DUP DUP DUP DUP. ish ish ish…berdebar-debar aku.
“ Merdukan suara saya.” Katanya memulakan bicara. Aku yang tersedar terus menjawab.
                “ A’ah..merdu..merdu macam suara katak, nasib baik tak hujan tadi.” Riak wajah Aidan lantas muram. Alamak! Aku menepuk-nepuk mulut aku sekali lagi. Lain aku nak cakap, lain yang keluar dari mulut ini.
                “Bukan..bukan.. maksud saya merdu. Cair hati Armisha..aahhh~” Kataku sambil ala-ala menjadi cair dan menyandar di bahu Aidan. Aidan lantas ketawa. Aidan terus menarik tanganku untuk keluar dari dewan sekolah.
                “Eh? Tak tunggu keputusan dulu ke?” Tanya ku.
                “ Tak payah…suara katak macam aku ni mana ada numbor.” Jawabnya selamba.
                “Memang tak sedap pun suara dia tu.” Kata mulutku. Ulang suara! MULUTKU! Aidan berhenti dan menoleh memandangku.
                “Apa Armisha cakap?”
                “Hah? Armisha cakap tak sedap pun aiskrim kat koperasi tu.” Aidan hanya mengangguk. Fuh~~

19 DISEMBER 2011 -  Huh…esok berakhirnya hubungan kami berdua. Seperti yang dia ingini, hubungan kami berdua hanya 3 bulan sahaja. Sampai sekarang saya tidak faham dengan tempoh luput dia itu. Ada apa dengan 3 bulan itu? Kenapa dia tidak ingin bersama dengan saya selamanya?  Adakah selama ini dia bersama dengan saya hanya kerana saya suka dengan dia dan dia simpati denganku?
                Dalam masa aku sibuk melayan perasaan ini, telefon bimbitku berbunyi. Tertera nama Aidan di skrin telefonku. Aku hanya mengeluh. Aku tahu apa yang dia ingin katakan. Terusku jawab panggilannya.
                “ Hello, Aidan.”
                “Hye..Hello Armisha.”
                “Ada apa, Aidan?” Aku mengatur suaraku seolah-olah aku gembira dia menelefonku. Kedengaran Aidan mengeluh.
                “Awak tahu kenapa saya telefon. Esok..err…”
                “Ye, saya tau. Esok adalah hari terakhir kita berdua bersama. Jangan risau, saya bukan jenis yang tidak tepati janji.” Aku lantas memotong kata-katanya.
                “huh….Ya,saya tau. Esok kita jumpa di tempat biasa untuk mengakhiri hubungan ini.” Katanya lembut. Hampir semua ayatnya tidak dapat saya dengar. Saya tahu dia keberatan ingin menyatakannya. Tapi kenapa dia masih ingin meneruskan untuk mengakhiri perhubungan ini. Lantas air mata aku mengalir. Kedengaran juga aku menangis teresak-esak.
                “ Baiklah..Kita..Kita jumpa esok ya?” Jawabku sambil tersedu-sedan.
                “Armisha…awak menangis ke? Maafkan saya..maafkan saya..” Katanya dengan perasaan bersalah. Untuk apa kau nak minta maaf Aidan? Untuk apa? Supaya aku masih simpan harapan bahawa awak cuma memain je? Aku terus gelak.
                “ Hikhik..Ye, sedang menangis ini, sebab sedih sangat tengok cerita korea. Perempuan itu menangis, Armisha rasa sedih pula tengok dia menangis.” Kedengaran Aidan ketawa di sana. Semakin hancur hati ini mendengar tawanya. Saya pasti, suatu hari nanti, saya akan merindui gelak tawa itu.
                “Aidan..”
                “Ye, Armisha?”
                “Boleh tak saya tahu..Kenapa hubungan kita 3 bulan je? Kenapa tak 3 tahun ke..3 dekad ke..” Tanyaku sambil berjenaka.
                “Saya akan beritahu Armisha esok.” Hanya itu jawapannya. Terus aku meletakkan telefonku. Tiada apa-apa yang ingin dibicara lagi. Esok saya akan mengetahui kenapa dengan hubungan 3 bulan itu? Air mataku pula tidak berhenti mengalir. Terusku ambil telefonku, buka bahagian galery dan pergi bahagian video. Terus aku tekan butang play dan video itu dimainkan.
I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again”
                Tertera video saat Aidan menyanyi lagu Lucky masa Hari Kokurikulum. Semakin kuat aku menangis. Awak tipu Aidan! Awak tak bertuah pun jatuh cinta kepada kawan baik awak! Semalaman itu aku ditemani dengan nyanyian Aidan dan air mata.

20 Disember -  Inilah dia. Hari sejarah buatku. Hari perpisahan aku dan Aidan. Aku terlebih dahulu sampai di Taman “Syurga”. Haih..macam biasa, asyik aku yang datang lebih awal. Aku taknak tunggu lama-lama. Selepas dia sebut perkataan “Kita berakhir sahaja di sini.” Aku akan terus berlari meninggalkan Taman ini. Taman di mana kami pertama kali bertemu, taman di mana kami berdua sama-sama kunjungi apabila bosan, taman di mana aku meluahkan perasaan aku ini, dan sekarang, taman ini juga akan menjadi tempat kami berdua berpisah.
                2 jam telah berlalu, tapi tidak kelihatan kehadiran Aidan. Adakah Aidan hanya bergurau? Mungkin dia sebenarnya ingin hubungan kami berdua bersama buat selama-lamanya? Hati ini juga berharap dia tidak hadir. Kalau dia tidak hadir, ini bermakna hubungan kami berdua masih diteruskan.
                Tiba-tiba telefonku berbunyi, tertera nama Aidan. Terusku jawab dengan senyuman.
               
“Aidan!! Awak memain je,kan?” Jawabku dengan ceria. Tetapi lantas senyuman aku hilang. Bukan Aidan yang telefon tetapi abangnya, Aldrain Aldien.
“Bukan. Ini abang Aldrain.” Kata Aldrain.
“Oh. Abang Aldrain..Mana Aidan?” Tanyaku. Tiba-tiba aku rasa tidak sedap hati.
“Aidan..dia..Aidan ada dalam hospital sekarang,Misha.” Terus aku tergamam.
“Dia dalam ICU. Cepat ke sini, Armisha! Dia cakap dia nak berjumpa dengan awak.” Terus aku letakkan telefon dan berlari keluar dari Taman “Syurga”. Aku terus memanggil teksi dan mengatakan destinasiku.
******************
Selepas tiba di hospital, aku terus berlari masuk ke dalam dan bergegas ke kaunter pertanyaan.
“Cik! Mana bilik pesakit bernama Aidan Alasdair??” Tanyaku.
                “Oh. Pesakit itu ada di dalam bilik ICU4 di tingkat 5,cik..” Kata perempuan itu dengan sopan. Aku terus berlari ke sana.
Selepas tiba, kelihatan Abang Aldrain di luar bilik ICU4. “Abang Aldrain!” Panggilku. Aldrain mengangkat kepala dan berjalan ke arah ku.
“Aidan mana? Aidan mana?” Tanyaku dengan cemas. Air mataku mula mengenang. Aldrain lantas membawaku masuk dalam bilik ICU4.
Di dalam bilik tersebut, kelihatan Aidan berbaring sambil mulutnya ditutup dengan alat bantuan pernafasan. Terdapat juga beberapa jarum cucuk di kedua belah tangannya. Berasa sangat sedih dengan keadaan Aidan. Bagaimana semua ini berlaku?
“Aidan!” Panggilku sambil menangis. Aidan dan ibu bapanya memandang ke arah aku. Kelihatan Aidan tersenyum.Aku terus berlari ke arahnya.
“Bagaimana? Bagaimana Aidan boleh jadi macam ni?” Tanyaku. Terasa ada orang mengusap bahuku. Lantas aku memaling muka, rupa-rupanya ibu Aidan.
“Armisha..bersabarlah..Sebenarnya Aidan sudah lama sakit, dia kena kanser paru-paru. Kami juga baru tahu 3 bulan lepas. Doktor cakap, dia tidak dapat diselamatkan lagi, dia hanya dapat bertahan selama 3 bulan.” Air mata aku makin laju mengalir. Akhirnya jawapannya telah terjawab. Aidan memberi jangka masa hubungan kami selama 3 bulan, kerana dia sememangnya akan bersamaku selama 3 bulan. Aidan terus membuka alat bantuan pernafasannya.Aku ingin melarang tetapi dia hanya tersenyum. Tanganku digenggamnya.
“Ar..Armisha..Sekarang awak dah dapat jawapan..kenapa..kenapa kita perlu bersama selama 3 bulan saja,kan?” Katanya dengan tersekat-sekat. Aku mengangguk sambil menangis. Genggaman kami berdua semakin erat.
“Kenapa? Kenapa Aidan tak cakap awal-awal? Selama ini Armisha salah sangka dengan awak. Armisha sangka Aidan nak dengan Armisha sebab Aidan kesiankan Armisha.” Kataku. Aidan hanya tersenyum.Dia menggelengkan kepalanya.
“Aidan taknak Armisha risau sebab Aidan cintakan Armisha.” Semakin terharu aku mendengarnya melafazkan tiga kata itu. Kenapa awak perlu meninggalkan aku,Aidan?
“Jadi,saya..saya nak cakap…” Aidan terhenti seketika. Aldrain berdiri di sebelahku dan dia mengusap kepala Aidan, memberi kekuatan Aidan untuk mengatakannya. Aku yang sudah tahu apa yang dia ingin katakan hanya mengenggam tangannya ke dadaku.
“Sampai di sini sahaja hubungan kekasih kita. Tetapi, Kekalkanlah hubungan persahabatan kita buat selama-lamanya.” Sambungnya sambil mengusap pipiku. Disekanya air mataku. Aku hanya tersenyum.
“Jangan tinggalkan saya,Aidan! Awak mesti kuat!” Kataku penuh mengharap. Dia menggelengkan kepala. Saya tahu, permintaan kali ini dia tidak dapat tunaikan.
“Sebelum saya pergi..” Kata ‘pergi’ itu membuatku semakin hiba. Kesemua kami memandangnya.
                “Tunaikanlah permintaan Aidan ini,Armisha. Ciumlah Aidan buat kali terakhir.” Katanya. Mataku terus membuntang. Saat macam ini sempat dia buat permintaan macam itu. Ibu bapa Aldain dan Aldrain hanya buat muka selamba.
“Armisha..” Panggilnya lembut dan menarik mukaku dekat ke mukanya. Akhirnya bibir kami berdua bersatu.Dapat ku rasakan dia memelukku dengan erat. Aku berasa sangat selesa di dakapannya. Aku pasti akan merindui dakapan dan kucupan ini. Aku menutup mata dan air mataku mengalir.
 Tiba-tiba ku rasakan pelukannya semakin renggang. Jantungku berdegup dengan kencang. Lantas aku menjauhkan mukaku darinya. Kelihatan matanya tertutup dan alat mengesan denyutan nadi Aidan berbunyi menandakan tiada denyutan nadi lagi dikesan.
“Ai…Aidan!! Bangun Aidan! Jangan tinggalkan Armisha,Aidan! Aku cakap bangun!” Kataku sambil mengoyang-goyangkan badan Aidan yang sudah kaku. Ibu Aidan menarikku ke dalam dakapannya.Aku menangis semahu-mahunya di dalam dakapan ibu Aidan. Ibu bapa Aidan dan Aldrain juga menangis kepergian anak dan adik mereka.

23 Disember – Akhirnya jenazah Aidan dengan selamatnya dikuburkan. Tak pernah terpikir olehku Aidan akan pergi tinggalkan ku sendiri. Air mataku tidak berhenti mengalir selama tiga hari ini. Kenapa awak tinggalkan aku,Aidan? Awak cakap awak cintakan aku. Kenapa awak tinggalkan aku??
                Semua orang telah tinggalkan tanah perkuburan tersebut. Malah, keluargaku juga telah balik ke rumah. Aku masih tidak ingin pulang. Berat hati ini ingin meninggalkan kubur Aidan. Aku masih tidak dapat menerima kepergiannya. Aku hanya merenung kubur arwah Aidan.
                Tiba-tiba terasa seperti ada orang menyentuh bahuku. Lantas aku menoleh. Dengan wajah terkejut aku memandang orang tersebut. Kenapa rupanya seperti Aidan? Kelihatannya dia tersenyum.
                “Ai..Aidan?” Tanyaku. Lelaki itu terus mengerutkan dahinya.
                “Apa awak merepek ni,Armisha? Saya Abang Aldrain lah.” Katanya sambil ketawa. Bila aku pandang betul-betul muka dia, baru aku perasan itu bukan Aidan, itu abangnya. Ya. Muka mereka berdua serupa, Cuma muka Aldrain lebih matang. Aku terus menyeka air mataku.
                “Jom. Kita balik. Esok, kita ke sini lagi.” Kata Aldrain. Dengan rasa keberatan aku mengangguk kepala.Aku berdiri dan Aldrain memeluk bahuku untuk memberi semangat.Kami mulakan langkah kami untuk beredar dari tanah perkuburan tersebut.
                Beberapa langkah lagi tiba ke kereta Aldrain, aku menoleh sekali lagi ke tanah perkuburan arwah Aidan. Ya, Aidan. Saya akan lupakan awak sebagai kekasih.Tetapi, saya akan ingat awak sebagai sahabat yang paling baik selama-selamanya dihatiku.Itu janjiku Aidan.
#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#
                Armisha menutup diarinya sambil menyeka air matanya. Tiba-tiba rasa rindu akan sahabatnya, arwah Aidan.
                “Sayang, kenapa menangis ni?” Tanya Aldrain yang bari sahaja masuk ke dalam bilik. Armisha dan Aldrain berkahwin setelah 2 tahun bersama sebagai kekasih. Aldrain telah dapat membuat Armisha lupa akan Aidan dan menerimanya seadanya.
                “Takdelah,bang. Saya baca diari saya dulu yang arwah Aidan beri. Banyak kenangan kami berdua saya tulis dulu.” Kata Armisha tersenyum sambil menyimpan diari tersebut dalam kotak.
                “Sayang rindu arwah ke?” Tanya Aldrain sambil memeluk Armisha dari belakang. Armisha hanya mengangguk.
                “Emm, esok kita ziarah kubur arwah,nak?” Tanya Aldrain. Lantas aku mengangguk sekali lagi.
                “Papa! Mama!” Kedengaran seorang kanak-kanak memanggil Armisha dan Aldrain dengan panggilan papa dan mama. Mereka berdua terus menoleh melihat anak mereka berdua berlari anak-anak ke arah mereka berdua.
                “Ye, puteriku Aidan..ada apa,sayang” Tanya Aldrain sambil mencubit manja-manja pipi anak perempuannya.Nama sebenar anak mereka berdua ialah Aidannia Aldein.
                “Ai..Aidan laparlah, papa.” Rengek Aidannia. Armisha dan Aldrain ketawa melihat gelagat anak mereka.
                “Kalau macam tu, Aidan mesti tolong mama masak,tau?” Kata Armisha. Aidannia hanya mengangguk. Aldrain pernah sekali berkata “Perangai Aidannia kita ini sebijik macam perangai arwah Aidan.” Armisha hanya tersenyum mendengarnya. Aidan…sampai sekarang masih tiada orang menganti tempat persahabatanmu di dalam hati ini.