Uploaded with ImageShack.us

Saturday, July 7, 2012

Cinta Materialistik


CERPEN : CINTA MATERIALISTIK

“Ah!Tunggu sekejap,makcik! Adakah makcik salah letak harga? Mak cik tulis harga RM1.10 , bukan sebelum ini harga dia RM1.00?” Rungut Amanda.Dia berasa sangat terkejut kerana harga roti melon telah naik 10 sen. 10 sen!!
“Maaflah nak..harga tepung dah naik,jadi makcik terpaksalah naikkan harga.” Ujar pemilik kedai tersebut.”Eh??Takkanlah!!” Kata Amanda bagaikan tidak percaya apa yang telah dia dengar. 10 sen itu adalah sangat bernilai baginya.
“Alaa.. Janganlah kecoh.Hanya sekadar naik 10 sen,kan?” Pujuk kawannya,Bellinda. “Yalah!Bukannya naik satu ringgit atau dua ringgit.” Tambah Emelda pula. Amanda yang berasa sangat marah terus menjerit.
“Mana boleh macam ini! Daripada rm1.00, naik sampai rm1.10?! 10sen bererti 10 keping satu sen! Takkanlah naik begitu banyak?” Kata Amanda sambil menggaru-garukan kepalanya. “Hmm.. Kalau begitu, tak usah belilah.” Kata Emelda. “Mana boleh.. Aku tetap nak beli, tapi ibu bagi rm1 saja pagi tadi. Terpaksalah aku tambah dengan duit poket sendiri.” Kata Amanda dengan nada sedih. Dia masih tidak setuju akan kenaikan harga roti melon tersebut.
“Ah,nasib baik! Masih ada satu lagi roti melon! Nah,makcik! Rm1.50! Simpan baki itu,makcik! Cantik makcik hari ini.” Tiba-tiba muncul seorang lelaki mengambil roti melon tersebut dan terus membayar ke kaunter. Amanda berasa tidak puas hati kerana dia yang terlebih dahulu jumpa roti melon itu.
“Eugene! Roti melon itu aku punyalah! Aku nak beli tadi tau tak?” Kata Amanda sambil menarik baju Eugene. Eugene yang baru sahaja buka bungkusan roti melon berhenti sebentar. “Apa boleh buat? Aku dah terlebih dahulu beli,kan? Nah, aku bagi kau ini. Percuma tau tak?” Kata Eugene sambil menghulur bungkusan roti melon tadi kepada Amanda.
            “Hoi! Kau ingat plastik ini boleh dimakan ke? Kurang asam betul lah!” Marah Amanda lalu membaling plastik tersebut dan terkena seseorang. “Eh? Siapa baling plastik ini ke muka aku? Bahaya betullah! Ish!” Rungut Aidan. Amanda dan Eugene memandang Aidan yang sedang merungut seorang diri. “Hmm..budak ini yang baling plastik itu.” Kata Eugene sambil menunjuk Amanda. Aidan terus memandang Amanda dengan wajah serius.
            “ Eugene dah ambil roti melon aku, Aidan.” Rengek Amanda. “Ini bukan roti kau pun!Aku yang beli.” Kata Eugene sambil mengunyah roti melon. “Aish.. Diamlah kau orang berdua! Hari-hari bergaduh saja kerja.” Marah Aidan yang sudah pening melayan perangai kawan dia dua orang ini.
            “Macam bercinta je.” Kata Emelda. Situasi mereka bertiga ini dianggap mesra oleh Emelda dan yang lain, tapi Amanda sebenarnya tidak pernah rasa begitu sebab daripada bercinta,malah lebih daripada gula-gula dan makanan juga, Amanda lebih suka duit!
############
            DinG Dong! Bunyi loceng sekolah berbunyi. Amanda terus menyimpan buku-bukunya dalam beg. Tanpa sengaja, Emelda terjatuhkan kotak pensil Amanda.
            “Ahh! Emelda! Habis patah ubat pensil aku!” Marah Amanda. “Nahlah. Ambil aku punya.” Emelda yang tidak tahan akan perangai Amanda terus memberi ubat pensil dia. “Betul? Kalau satu hari kau minta, aku tidak akan bagi kepada kau.” Ugut Amanda. Emelda hanya ketawa.
            “Wah,Amanda! Tengok sini. Buku ramalan ini cakap, kau akan berjumpa dengan lelaki yang akan jatuh cinta kepada kau.” Jerit Bellinda secara tiba-tiba. Eugene terus ketawa terbahak-bahak. “Hahaha! Ada lelaki akan jatuh cinta kepada Amanda Si Kedekut ini? Siapakah lelaki malang itu?” Eugene terus menunjuk ke arah muka Amanda.
            “Aku nak taruh RM10 Amanda takkan jumpa lelaki yang akan jatuh cinta dengannya.” Kata Eugene lagi. “Aku juga!” Serentak Emelda dan Bellinda berkata. “Bagaimana dengan kau, Aidan? Nak ikut bertaruh jugak?” Tanya Eugene kepada Aidan. “Aidan takkan ikut pertaruhan sebeginlah..” Ujar Bellinda.”Huh..Aku taruh dia takkan dapat juga.” Kata Aidan. “ Wah! Aidan juga ikut bertaruh!” Jerit Bellinda. Tanpa mereka sedari, mata Amanda sudah bersinar-sinar.
            “Hahaha. Janganlah pula kau orang berempat tarik balik duit itu. RM40 itu pasti akan ku rembat. Hahaha. Okeylah. Selamat tinggal” Amanda terus berlalu dari situ sambil menyanyi keriangan. “Wah! Nampaknya dia benar-benar terima taruhan kita.” “Haha, tidak apa.. RM10 kita pasti selamat. Tidak mungkin dia akan jumpa lelaki itu.” Ujar Eugene.
            “Tapi kenapa dia boleh jadi kedekut sampai begitu?”Tanya Emelda. Aidan dan Eugene saling berpandangan. “Mungkin ini salah kami berdua.” Keluh Aidan. “Semasa kami bertiga kecil dahulu, Amanda suka sangat membazir wang simpanan dia. Jadi kami berdua bohong kepadanya, kami berdua berkata Dewa Kekayaan akan menghukum dia jika dia suka membazir.” Kata Eugene. “Tapi tidak disangka pula, pada keesokkan harinya, rumah dia telah dirompak. Amanda terus menangis sambil berkata Dewa Kekayaan telah menghukumnya dan dia berjanji tidak akan membazir lagi. Ketika itu aku dan Eugene tidak dapat berkata apa-apa lagi.” Sambung Aidan pula.
############
            Tiba-tiba Amanda terlanggar seorang lelaki dan terjatuh ke atas lantai. “Ah! Maaf! Saya tidak sengaja. Awak tidak apa-apa?” Tanya lelaki itu sambil menolong Amanda untuk berdiri. Amanda terus memandang wajah lelaki itu. Rupa-rupanya Ketua Pengawas. Ketua Pengawas juga tergolong daripada pelajar yang kacak dan terkenal kerana dia mempunyai kacukan Melayu dan Jepun.
            “Err, maaf Abang Natsume. Saya tidak sengaja.” Tunduk Amanda. Terikut-ikut pula gaya orang Jepun.Amanda terus mulakan langkah meninggalkan Natsume. “Tunggu!” Panggil Natsume. Langkah Amanda terhenti. “Saya sukakan awak,Amanda. Boleh tidak teman saya tengok wayang lepas ini?” Kata Natsume. Kata-kata Natsume membuat Amanda terpegun. Tanpa berfikir apa-apa, Amanda lantas mengangguk.
###############
            “Apa dia? Kau nak keluar dengan Ketua Pengawas Si Jepun sesat itu?” Jerit Eugene di telefonnya. “Mm..Yalah..Nanti aku bagitau mak kau.Bye.” Eugene terus mengakhiri perbualan dia bersama Amanda. Aidan hanya memandang Eugene. “Amanda keluar dengan Natsume.” Kata Eugene singkat. Aidan terus berdiri meninggalkan Eugene. “Hoi! Nak ke mana?” “Ekori mereka berdua.” Jawab Aidan bersahaja.
            “Nampaknya mereka berdua sangat mesra. Melayanglah RM10 aku..” Rungut Eugene saat mereka berdua sedang mengekori Amanda dan Natsume. Seketika kemudian, telefon bimbit Natsume berbunyi dan Natsume pergi ke tandas. Mereka berdua mengikutinya ke tandas.
            “Helo! Ya, saya faham, Ah long. Saya juga sekarang dengan perempuan itu. Saya pasti dompet dia penuh dengan wang. Ya,baiklah.Bye.” Natsume sedang berbicara dengan seseorang melalui telefonnya. Selepas itu, Natsume terus keluar dari tandas dan tiba-tiba dia terasa seperti ada seseorang menarik bajunya. “Ohh..Kau nak curi duit Amanda,kan?” Marah Eugene. “Hei! Siapa kau?” Natsume cuba melepaskan diri daripada Eugene. Natsume terus ditarik oleh Eugene berjumpa dengan Amanda. Amanda berasa terkejut akan kehadiran Eugene.
            “Hoi,Eugene! Kenapa kau boleh ada di sini? Lepaskan Natsume!” Marah Amanda. “Dia ini pembohong, tahu tak? Dia nak curi dompet kau!” Jerit Eugene. Natsume terus ketawa terbahak-bahak. “Ya! Sememangnya saya hanya ingin wang kau! Bagi saya dompet kau!” Dompet di tangan Amanda dirampasnya dan terus dibuka, kedengaran duit syiling jatuh atas lantai. “Ahh! Tidak! Duit aku!” Kata Amanda cemas sambil mengutip syiling-syiling yang jatuh. “Apa? 50 sen sahaja dalam dompet ini? Tak guna!” Lantas Natsume ingin menampar Amanda namun serta-merta Aidan menghalang. Amanda ditariknya dalam pelukannya sehingga Amanda terkedu. Jantungnya berdebar-debar saat dipeluk Aidan.
            “Lebih baik kau pergi dari sini sebelum kepala kau menghilang.” Ugut Aidan. Natsume terus berlari meninggalkan mereka. Eugene berasa sangat cemburu melihat Amanda dan Aidan berpelukkan. Namun cepat-cepat dia menjauhkan perasaan itu. “Hoi.. Hoi.. Hoi.. Lama lagi ke adegan pelukan ini?” Usik Eugene. Amanda serta-merta menjauhkan diri daripada Aidan.
##########
            Amanda sedang berbaring sambil mengimbas kembali peristiwa petang tadi. Kehangatan pelukan Aidan masih dapat dirasakan. Perasaan apakah ini? Perasaanku seperti bercampur aduk menjadi satu perasaan? Adakah ini yang dinamakan cinta? Soalan-soalan itu bermain-main di dalam kotak fikiran Amanda sehingga dia tertido.
            Masa balik dari sekolah. “Aidan, bolehkah kita berdua berjumpa terlebih dahulu?” Tanya Amanda kepada Aidan yang sedang berbual dengan Eugene. “Sendirian.” Kata Amanda lagi setelah dia perasan Eugene ingin mengekori mereka berdua. Aidan memberi isyarat supaya jangan mengikuti mereka berdua.Eugene akur. Aidan dan Amanda berlalu dari situ, tanpa mereka berdua sedari, Eugene sedang mengekori mereka berdua.
            “Ada apa kau nak jumpa ini? Sendirian lagi. Sebelum ini kita tidak pernah ada rahsia antara kita bertiga.” Tanya Aidan bersahaja. Amanda hanya menunduk. Perkara ini perlu dirahsia kerana sememangnya Eugene tidak boleh mengetahui perkara ini. Kata hati kecil Amanda. “Sebenarnya..aku.. err.. Aku sukakan kau, suka lebih dari kawan.”
            Aidan hanya terdiam. Dia bagaikan tidak percaya akan luahan Amanda. Bukan dia sahaja, Eugene yang sedang mengintai mereka berdua berasa terkejut dan remuk hatinya mendengar luahan Amanda itu. Kenapa Aidan? Kenapa bukan aku? Tanya Eugene dalam hati kecilnya. “Maafkan aku. Aku tidak pernah berperasaan seperti itu dengan kau. Selama ini aku beranggapan kau seperti adik aku.” Jawab Aidan selamba dan berlalu dari situ.
            Amanda berasa kecewa akan kata-kata Aidan. Tidak semena-menanya air matanya mengalir dan dia terduduk atas kerusi taman. Eugene tidak tahu apa sepatutnya dirasainya sekarang. Sedih kerana Amanda lebih sukakan Aidan? Atau gembira kerana Aidan telah menolak luahan hati Amanda? Eugene tidak peduli akan perasaannya. Yang penting ialah Amanda, dia harus ditenangkan. Eugene terus berlari ke arah Amanda.
            “Amanda! Kenapa ni?” Tanya Eugene seolah-olah dia tidak melihat kejadian sebentar tadi. Amanda terus kesatkan air matanya. Amanda hanya tersenyum. “Mana Aidan? Bukan dia dengan kau ke tadi?” Tanya Eugene lagi. Amanda hanya menggeleng-gelengkan kepala. “Jom. Kita pergi jalan-jalan sekejap.Tanpa Aidan.” Bisik Eugene sambil mengenyitkan matanya. Amanda hanya ketawa dan akhirnya mengangguk.
            Bukannya jauh sangat tempat mereka berdua berjalan-jalan, sekitar taman itu sahaja. Sekejap di buaian, sekejap di jongkang-jongket, selepas itu berlari berkejaran. Eugene berasa seronok kerana melihat Amanda ketawa. Biarlah kau sahaja yang gembira,Amanda.Bisik hati kecil Eugene. Mereka berdua sangat letih sehingga berbaring atas rumput. “Amanda,” Panggil Eugene. Amanda menoleh.
            “Pernah tak selama ini kau pandang aku ini sebagai lelaki?” Tanya Eugene serius. “Memanglah saya pandang kau sebagai lelaki.” Jawab Amanda selamba. “Betulkah?” Tanya Eugene dengan suara ceria. “Yelah..Kau kan selama ini lelaki..bukannya perempuan,kan? Hahaha.” Gurau Amanda. Eugene hanya menahan perasaannya. Lain ditanya, lain dijawab. “Maksud aku, pernah tidak selama ini kau tengok aku ini seorang lelaki yang sememangnya layak untuk..” Eugene terhenti sebentar. Hampir sahaja dia tersasul.
            “Layak untuk apa?” Tanya Amanda tidak puas hati. “Sememangnya layak untuk mencintai kau?” Jawab Eugene dengan suara perlahan tapi masih dapat didengari Amanda. Amanda terkedu. Tanpa disedari pipi Amanda bertukar warna merah. Amanda terus menoleh mukanya ke arah lain. Eugene mula risau, apa akan Amanda katakan? Bukanlah dia sukakan Aidan? “Boleh..Apa salahnya?” Kata Amanda. Eugene terus duduk, terkejut akan kata-kata Amanda. “Betulkah?” Jerit Eugene. Amanda mengangguk. “Tapi dengan syarat! Kau hari mesti belanja aku makan roti melon!” Eugene hanya ketawa. Tidak habis-habis lagi akan sikap kedekutnya. Eugene terus menggeletek Amanda. Dari jauh, Aidan hanya memandang mereka berdua ketawa, dia sebenarnya ingin kembali lagi kepada Amanda, tetapi Eugene terlebih dahulu mendapatkan Amanda.
            “Eh,Aidan? Apa kau buat sini?” Tanya Emelda. Aidan hanya tersenyum. “Jomlah temankan aku pergi kedai di sana.” Kata Emelda. Aidan mengangguk dan mengikuti Emelda. Emelda berasa sangat gembira kerana Aidan ingin menemaninya, sememangnya selama ini dia suka akan Aidan. Ketika itu ketawa Eugene dan Amanda semakin kuat, Aidan menoleh memandang mereka berdua, hanya senyuman menghiasi bibirnya. Mata dia dan Amanda bertemu dan Amanda hanya tersenyum.
            “Kenapa,Amanda?”Tanya Eugene sambil menoleh ke arah pandangan Amanda. Rupa-rupanya Aidan dan Emelda. Eugene hanya diam. “Patutlah Aidan tolak aku..Dia dengan Emelda rupa-rupanya.” Kata Amanda sedih. “Amanda..” Eugene berkata. “Tidak apa. Sekarang aku ada kau!” Jerit Amanda sambil mencubit kuat-kuat pipi Eugene. Mereka berdua ketawa lagi.