29 Mei 2011 –
Ketika itu aku baru sahaja tiba di Sekolah Menengah Penrissen. Aku melirik ke
jam tangan. Alamak! Saya dah terlambat.Matilah saya kena marah cikgu. Aku
lantas berlari supaya segera tiba ke kelas saya.Dalam hati berdoa agar Cikgu
Asri tidak memarahiku yang sememangnya terkenal akan sikapnya yang sangat
tegas.
Setelah
tiba di kelas 5sn1, saya terus mengetuk pintu kelas saya. “Maafkan saya cikgu,
saya sudah terlambat.” Lantas Cikgu Asri memaling menghadap wajah saya. Tapi
hairan, malah Cikgu Asri tersenyum dan hanya mengangguk kepala. Saya dengan
teragak-agak melangkah masuk ke dalam kelas. Semasa saya berjalan ke arah
tempat duduk saya, saya melihat rakan-rakan tersenyum-senyum melihatku. Apa kes
ni??
Tanpa
menghiraukan sengihan-sengihan mereka, saya terus duduk.
“SELAMAT
HARI JADI!!” Jerit rakan-rakan saya. Aku yang baru mengeluarkan buku dari beg
terlepas gara-gara terkejut dengan sergahan mereka. Lantas aku ketawa.
Rupa-rupanya hari ini adalah Hari jadi aku! Macam mana ku boleh terlupa!
Seorang demi seorang menghadapku untuk memberi hadiah dan ada juga hanya
bersalam. Tetapi, hairannya. Kenapa kawan saya seorang ini tidak memberi hadiah
atau menyalam saya? Saya memandang dia yang berada di hujung sana. Kelihatan
dia sibuk menulis sesuatu atas buku seperti tidak berminat untuk mengucap Hari
Jadi kepadaku. Timbul sedikit perasaan marah melihat perlakuannya.Kawan baik
konon!
Masa
untuk rehat, aku ingin melangkah tetapi dihalang oleh seseorang. Rupa-rupanya
KAWAN BAIK aku tadi~huh! Aku tidak mengendahkannya terus menolaknya ke tepi dan
berlalu depannya.
“Armisha!”Panggilnya.
Tetapi ku tidak menghiraukannya. “Armisha Deilla!!” Lantas ku berhenti. Korang
nak tau sesuatu? Kalau dia memanggil namaku dengan nama penuh, itu bermakna dia
sangat marah. Kalau bab dia marah ni, si raksasa pun kalah. Lantas ku
memalingkan muka memandangnya.
Aidan,
kawan baik ku terus tersenyum. Dia berjalan ke arahku. Dia terus menyuakan
sebungkus hadiah kepadaku.
“Nah.Selamat
Hari Jadi.” Katanya. Tetapi matanya menghadap ke lain. Nak kontrol macholah
konon.Aku berasa sangat gembira dan terus memeluknya.Dia terus memukul
kepalaku. Aku hanya menggosok kepalaku.
“Suka
hati kau peluk aku. Aku nih mahal nak dipeluk-peluk.” Katanya berjenaka. Aku
hanya ketawa dan ingin memeluknya sekali lagi, tetapi ditolaknya lagi.
Nak tau
apa hadiah dia? Ni ha… Diari. I LOVE YOU MY DIARI.
19 July 2011 - Saya sebenarnya sudah jatuh hati dengan kawan
baik saya sendiri. Ya! Saya telah jatuh hati dengan Aidan Alasdair. Oh~ sebelum
itu, korang mesti berasa pelik dengan nama Aidan. Memang pelik pun..ahahahaha!
Aidan itu anak kacukan Cina dan Francis. Tapi dia tidak tau ber-speaking
francis pun. Nasib baik namanya bukan De
Fashiocarpelinie. Hah! Camna nak panggil nanti? Berbelit-belit lidah nak
panggil.
Okay!
Back to the topic~ Aku sebenarnya dah lama suka dengan dia. Bukan salah aku pun
suka dengan dia, dia yang salah. Setiap hari dia layan aku dengan baik. Malah
dia itu terkenal dengan sikap garang dengan orang lain. Sebab itu orang selalu
cakap dengan aku, “Tahan juga kau berkawan dengan Si Aidan tu? Dahlah garang.”
Aku hanya senyum. Mereka salah. Aidan seorang yang baik, baik dengan aku je
(=.=”).
Aku
nekad nak luahkan perasaan aku dengan dia.Lantas aku mengambil telefon bimbit
ku.Tanpa membuang masa aku terus dail nombor Aidan.
“Hello,
Armisha.” Mendengar suara dia sahaja sudah membuat jantungku berdegup kencang.
“Ai…Aidan…”
Gagapku menjelma!
“Ye,
Armisha. Ada apa?” Tanya dia.
“Kita
berjumpa esok boleh?” Tanyaku pula.
“Okey.
Di mana?”
“Tempat
biasa.”
“Okey.”
Dia setuju dan meletakkan telefonnya.Aku menarik nafas. Mengumpul tenaga untuk
meluahkan perasaanku.
20 July 2011 - Sekarang aku dah sampai di tempat biasa tu.
Nama tempat biasa itu “Taman Syurga”. Ahaha…memang tempat tu macam syurga je
aku tengok. Cantik je permandangan dia. Dekat sinilah aku dan Aidan pertama
kali bertemu. ############# (imbas kembali dulu)##############
Aku
sedang berjogging sambil menikmati permandangan Taman ‘Syurga’. Tiba-tiba
terasa badanku terlanggar seseorang dan ku terus tersungkur.
“Aduh…”
Aku pun mengaduh.Terus aku mengangkat wajahku memandang siapakah yang suka hati
mak bapak dia langgar aku.
“Woi!
Buta ke?” Marah lelaki yang melanggar aku.Terbeliak mataku. Terusku berdiri.
“Maafkan
saya. Saya tak sengaja.” Kataku lemah lembut. Tapi dalam hati membara dah kemarahan.Dahlah
langgar orang sampai jatuh, tak minta maaf pula! Sabar…sabar…sabar….
“Lain
kali pandang ke depan! Jangan macam apa entah berlari tak pandang orang.”
Herdik dia lagi.Aku hanya mengangguk. Kerana tak nak empangan kesabaran aku
roboh, aku terus ingin pergi dari situ.Tapi tiba-tiba aku jatuh sekali
lagi.Kaki aku sakit! Mungkin dah terseliuh.Ni kau punya pasal la lelaki! Marahku
dalam hati.
“Awak
tak apa-apa?” Tanya lelaki itu pula.Timbul kerisauan di wajahnya. Aik? Tau
pulak dia risau.Tadi bukan main marah.Aku hanya mendiamkan diri.Malas nak
jawablah. Melihatku yang tidak menunjuk apa-apa reaksi kepadanya.Dia terus
mengangkat aku.Aku yang terkejut dengan kelakuannya terus menjerit kecil.
“Diamlah
kau.Mengada-ngada nak menjerit.” Marah dia lagi.Aku terus diam. Dia ni baik ke
jahat sebenarnya? Selepas itu dia dudukkan aku dekat salah satu kerusi
panjang.Dia melutut di depanku dan membuka kasutku.Diurutnya perlahan-lahan
kakiku.Aku hanya gigit bibirku supaya tidak terjerit. Kadang-kadang matanya
melirik ke arah aku.
“Kaki
kau seliuh je ni..”Katanya.Aku hanya mengangguk.Kemudian dia duduk di
sebelahku.
“Aku
Aidan Alasdair.” Katanya.
“Hah?
Ape?” Tanyaku. Ape nama dia tadi?
“
Aidan. A.I.D.A.N”
“Owh…pelik
betullah nama dia.” Bisikku sendiri.Tetapi kedengaran sampai ke telinganya.
“Aku
orang Francis.Itu yang nama aku pelik.” Aku lantas tersengih-sengih.
“Kau
ni? Siapa nama?” Tanya dia lagi.
“Armisha..Armisha
Deilla.” Dia hanya mengangguk.
########################
Aku pun
terus melangkah ke jambatan yang dihias dengan bunga-bunga biru dan ungu. Aku
melirik jam tangan. Baru 5 minit berlalu. Sekejap lagi Aidan sampailah tu.
“Armisha!”
Panggil Aidan.Lantas ku memaling dan tersenyum memandangnya.Dia membalas
senyumanku.Aduh…Hensemnye dia….
“Ada
apa nak jumpa ini? “Tanya dia.
“Saya…saya..nak
beritahu sesuatu dekat awak.” Kataku dengan suara kecil tetapi jelas di
pendengarannya.
“Apa
yang awak nak bagitahu tu?” Senyuman masih tidak lekang di mulutnya. Makin
gugup rasanya melihat senyumannya. Macam mana kalau dia tidak menerimaku? Macam
mana kalau pertalian persahabatan kami berdua selama ini akan hancur gara-gara
luahan perasaan aku ini?
“Saya…saya
sukakan awak! Saya harap perhubungan kita berdua lebih dari persahabatan
Aidan.” Kataku sambil memandang anak matanya. Jelas riak wajahnya berubah.
Tiada lagi senyuman di mulutnya.Kelihatan dia sedang mengusap-usap kepalanya
dan meraut wajahnya dengan tangannya. Akhirnya dia mengeluh.
“Maafkan
saya,Armisha. Saya…saya tidak boleh menerima awak.Maafkan saya.” Lantas dia
berpaling meninggalkan aku.Setelah beberapa langkah, dia berpaling menghadapku
sekali lagi.
“Saya
berasa lebih selesa dengan perhubungan kita berdua sekarang ni.” Dan dia pergi
meninggalkan aku sendirian berdiri di tengah-tengah jambatan. Air mataku
menitis tanpa ku sedar. Hujan pula menuruni secara tiba-tiba seperti memahami
akan perasaan aku sekarang.. Aku hanya memandang susuk badan Aidan yang
meninggalkan aku sendirian.Maafkan aku,Aidan. Aku sepatutnya tidak meluahkan
perasaan aku ini. Betapa bodohnya diriku ini. Siapalah diriku ini untuk menjadi
kekasihnya Aidan.
20 September 2011 – 2
Bulan aku dan Aidan tidak bertegur. Kami berdua saling menjauhkan diri apabila
ketemu.Tetapi, tidak hari ini. Aidan telah menegur ku kembali. Tetapi
tegurannya sangat mengejutkan hari ini.Saya tidak tahu apakah saya sepatutnya
gembira atau sedih pada masa itu.
Kelihatan
Aidan berjalan ke arahku. Lantas ku berpaling untuk menjauhkan diri
daripadanya. Aku masih berasa malu dengan luahanku 2 bulan lepas.
“Armisha,tunggu!”
Jerit Aidan memanggilku.Lantas ku memandang wajahnya.Dahiku berkerut
seolah-olah menanya dia apa yang dia nak?
“Saya..Awak..umm…”
Aik? Gagapnya menjelma~ XD
“Ada
apa Aidan?”Tanyaku.
“Saya
setuju dengan permintaan awak hari itu.” Dahiku berkerut lagi. Bila masa pula
aku minta sesuatu daripada dia nih? Setahu aku lama kami berdua tidak bertegur.
“Permintaan?
Maksud awak?” Tanyaku sekali lagi.
“Permintaan
awak masa di Taman Syurga. Awak ingin hubungan kita berdua lebih dari
persahabatan. Saya setuju.” Katanya dengan serius. Bagaikan tidak percaya aku
hari ini. Aku mengeluh.
“Janganlah
memaksakan diri, Aidan. Cinta tidak boleh dipaksa.”
“Tak!
Saya tidak memaksa diri. Saya betul-betul sukakan awak!” Katanya dengan penuh
yakin.
“Habis
tu, kenapa awak tidak terima saya 2 bulan lepas? Kenapa baru hari ini?”
“Masa
itu saya bingung dengan perasaan saya ini.Saya perlu menafsir perasaan saya ini
terlebih dahulu.” Aku hanya mengangguk dan terus memeluknya. Kali ini dia tidak
menolakku. Malah semakin erat pelukannya.Selepas itu dia merenggangkan pelukan
kami.
“Tapi.
Hubungan kita berdua ini hanya 3 bulan je.” Aku membulatkan mataku. Apakha?
Siap ada tarikh luput hubungan kami berdua dia bagi?
“Apa?”
Tanyaku terkejut.
“Awak
akan tahu kenapa saya bercakap demikian suatu hari nanti. Bagaimana Armisha?
Sudikah awak menjadi kekasih hatiku?” Tanya dia sambil menggenggam tanganku.
Ah! 3 bulan pun 3 bulanlah. Asal aku dapat merasa menjadi teman wanita
dia.Lantas aku mengangguk. Aidan pun mencium bibirku. Berasa terkejut dengan
tindakan dia terus ku menampar lengannya. Pipi ku merah sekali hari ini. Dia
hanya ketawa terbahak-bahak.
29 September 2011
- Yeahhh!! Hari ini first date aku
dengan Aidan. Kami berdua berjanji bertemu di Shopping Mall. Nampaknya asyik
aku yang datang lebih awal daripada dia. Ataupun aku ni yang tak sabar-sabar
nak berjumpa dengan dia.
Dari jauh
ku dapat melihat kelibat Aidan berjalan ke arah aku. Dia hari ini mengenakan
baju T berwarna biru muda dan seluar jeans. Kelihatan juga dia mengenakan topi
dan cermin mata hitam. Aisehman..hensem betollah pakwe aku nih. Kehadiran Aidan
sememangnya menarik perhatian beberapa perempuan yang di sekitarnya. Timbul
juga perasaan cemburu tengok orang memandang dia.
“Sorry,Sayang.
Saya lambat.” Katanya. Aku hanya tersenyum. Peliklah aku ni, dengan orang yang
tidak dikenali pun nak cemburu. Aidan yang perasan akan reaksi wajahku terus
bertanya.
“Err..Kenapa
ni Misha? Marah sangat ke saya datang lambat ni?” Dia mula berasa risau.
“Awak
hensemlah.” Kataku. Tidak menjawab pertanyaan dia tadi. Terus Aidan ketawa. Dia
terus mengusap-usap kepalaku.
“Awak
ni cute la..terus terang betol. Kadang-kadang kawal sikit mulut tu.” Katanya
sambil mencubit ala-ala manja bibirku. Jelas beberapa perempuan yang lalu depan
kami berdua berasa cemburu. Yela kan..perempuan macam aku ini dapat bersama
dengan lelaki seperti Aidan.
“Jomlah.”
Aidan terus menarik tanganku masuk ke dalam Shopping Mall. Kami berdua hari ini
nak tengok wayang. Cerita ape? Aku pun tak tau. Dia tak cakap pun.
##################
Selepas
mendengar tajuk cerita yang akan kami berdua tonton, aku meneguk air liur.
Uwaaa~~ Aidan!!! Kenapa awak bawa saya tengok cerita hantu????? Macamlah awak
tidak tahu saya ini takut tengok cerita macam tu.Rasa nak menangis masa
itu.Saya betul-betul merayu dengan dia tengok cerita lain.
“Macam
mana ni,sayang? Aidan dah beli tiket wayang cerita tu. Membazirla nanti.”
Itulah salah satu alasannya. Aku betul-betul nak menangis ni. Dengan berasa
marah, ku pukul-pukul badannya. Dia pula hanya ketawa. Aku tau dia sengaja!
Selepas
masuk ke dalam panggung wayang, cerita tersebut pun bermula.Dari awal hingga
akhir, aku langsung tidak melihat.Aku hanya meletak wajahku di dada Aidan
sambil tanganku menutup telingaku.Terasa lengan Aidan memelukku.Pengatal juga
Si Aidan ni rupa-rupanya. Diam-diam aku mengangkat wajah dan memandang Aidan.
Kelihatan dia tersenyum-senyum. Kan aku dah cakap, Aidan ni gatal orangnya!
Tiba-tiba kedengaran suara menjerit dari panggung wayang terus membuat aku
terkejut dan melatah.
“Opocot
Aidan orang gatal!” Latahku. Mataku terus ditutup. Tanganku pula menepuk-nepuk
mulutku.Kurang ajar punya mulut!~
“Kan
Aidan dah cakap sebelum ni…mulut tu kena jaga sikit…” Kata Aidan dengan
perlahan tetapi jelas di telingaku.Aku mengangkat kepala dan melirik dia. Mulut
dia masih tersenyum-senyum. Melihat aku yang mendongakkan kepala, sekali lagi
Aidan mencium bibirku. Aku terus terkejut dan merenggangkan pelukannya.Dia
hanya membiarkan sahaja.
Tetapi
apabila saya menghadap skrin panggung wayang, cun cun wajah hantu muncul. Terus
aku menjerit dan meletak muka di dada Aidan sekali lagi. Kedengaran Aidan
ketawa kecil. Siap lah awak Aidan!!!
Akhirnya
berakhir jua kesengsaraan aku dalam panggung wayang tadi. Memang sah aku tak
nak tengok cerita macam tu! TITIK!
“Sayang
nak makan ape?” Tanya Aidan. Aku tidak menjawab. Nak merajuklah kononnya.
Hohohoho.Dia hanya membiarkan aku melayan perasaan aku lepas itu.
“Okey…Aidan
janji tak bawa sayang tengok cerita macam itu lagi.” Janjinya. Akhirnya aku
senyum.
“Ulang
suara~ Sayang nak makan ape?” Tanya dia sekali lagi.
“Nak
makan aiskrim.” Kataku. Aidan terus mengangguk dan menggenggam tanganku.
Sememangnya Aidan sangat mencintaiku. Tetapi kenapa dengan tempoh 3 bulan itu?
Apa maksudnya dengan 3 bulan itu?
12 November 2011 – Hari
ini merupakan Hari Ko-kurikulum di sekolah aku. Macam-macamlah benda orang jual
kat sekolah hari ini. Kerja aku kali ini pulak jual duit a.k.a beli makanan.
Lepas boring jalan-jalan kat kawasan sekolah. Aku terus melangkah ke dewan
sekolahku. Aktiviti di dalam dewan selalunya orang bertanding menyanyi dan buat
show apa entah.
Aku
mengambil tempat duduk di tengah-tengah. Senang nak tengok muka orang menyanyi
nanti. Hehehe. “Dipersilakan peserta seterusnya Aidan Alasdair!~” Umum Aliff
yang merupakan pengacara aktiviti tersebut. Aku yang mendengar nama Aidan
lantas tepuk tangan. Pakwe aku nak nyanyi tu…..Ahakz~
Kelihatan
Aidan naik ke atas pentas sambil membawa gitarnya. Lantas dia tersenyum
kepadaku selepas mata kami berdua bertembung.
“Lagu
ini khas untuk kawan baikku merangkap kekasihku, Armisha” Katanya sambil tersenyum.
Dewan mula riuh dan hampir semua orang memandangku. Kawanku yang duduk di
sebelah menyiku aku. Aku hanya tersipu-sipu. Bikin malu aja sih elo nih
Aidan..eh? bahasa indon terkeluar pulak.
Aidan
mula memetik tali gitar dan menyanyi. Shhh…aku nak fokus dengar lagu dia.
Jangan bising!
Do
you hear me,
I'm talking
to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
Boy
I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard
Rupa-rupanya dia menyanyi lagu “lucky- Jason Mraz” Lagu itu ada
kaitan dengan kami berdua ke? Biarlah, sambung dengarlah.
I'm
lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky
we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
They
don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will
Ooohhh……
Semua
orang termasuk aku bertepuk tangan selepas Aidan habis menyanyi. Aidan terus
turun dari tangga pentas dan berjalan ke arah aku. Rakanku menyiku aku dan
segera beredar dari situ. Aidan terus duduk disebelahku dan gitarnya diletak
disebelahnya. Pengacara mula menyebut nama peserta seterusnya tetapi kami
berdua tidak mengendahkannya. Mata kami berdua bertaut. DUP DUP DUP DUP. ish
ish ish…berdebar-debar aku.
“ Merdukan
suara saya.” Katanya memulakan bicara. Aku yang tersedar terus menjawab.
“
A’ah..merdu..merdu macam suara katak, nasib baik tak hujan tadi.” Riak wajah
Aidan lantas muram. Alamak! Aku menepuk-nepuk mulut aku sekali lagi. Lain aku
nak cakap, lain yang keluar dari mulut ini.
“Bukan..bukan..
maksud saya merdu. Cair hati Armisha..aahhh~” Kataku sambil ala-ala menjadi
cair dan menyandar di bahu Aidan. Aidan lantas ketawa. Aidan terus menarik
tanganku untuk keluar dari dewan sekolah.
“Eh?
Tak tunggu keputusan dulu ke?” Tanya ku.
“
Tak payah…suara katak macam aku ni mana ada numbor.” Jawabnya selamba.
“Memang
tak sedap pun suara dia tu.” Kata mulutku. Ulang suara! MULUTKU! Aidan berhenti
dan menoleh memandangku.
“Apa
Armisha cakap?”
“Hah?
Armisha cakap tak sedap pun aiskrim kat koperasi tu.” Aidan hanya mengangguk.
Fuh~~
19
DISEMBER 2011 - Huh…esok berakhirnya hubungan kami berdua.
Seperti yang dia ingini, hubungan kami berdua hanya 3 bulan sahaja. Sampai
sekarang saya tidak faham dengan tempoh luput dia itu. Ada apa dengan 3 bulan
itu? Kenapa dia tidak ingin bersama dengan saya selamanya? Adakah selama ini dia bersama dengan saya
hanya kerana saya suka dengan dia dan dia simpati denganku?
Dalam masa
aku sibuk melayan perasaan ini, telefon bimbitku berbunyi. Tertera nama Aidan
di skrin telefonku. Aku hanya mengeluh. Aku tahu apa yang dia ingin katakan.
Terusku jawab panggilannya.
“ Hello,
Aidan.”
“Hye..Hello
Armisha.”
“Ada apa,
Aidan?” Aku mengatur suaraku seolah-olah aku gembira dia menelefonku.
Kedengaran Aidan mengeluh.
“Awak tahu
kenapa saya telefon. Esok..err…”
“Ye, saya
tau. Esok adalah hari terakhir kita berdua bersama. Jangan risau, saya bukan
jenis yang tidak tepati janji.” Aku lantas memotong kata-katanya.
“huh….Ya,saya
tau. Esok kita jumpa di tempat biasa untuk mengakhiri hubungan ini.” Katanya
lembut. Hampir semua ayatnya tidak dapat saya dengar. Saya tahu dia keberatan
ingin menyatakannya. Tapi kenapa dia masih ingin meneruskan untuk mengakhiri
perhubungan ini. Lantas air mata aku mengalir. Kedengaran juga aku menangis
teresak-esak.
“
Baiklah..Kita..Kita jumpa esok ya?” Jawabku sambil tersedu-sedan.
“Armisha…awak
menangis ke? Maafkan saya..maafkan saya..” Katanya dengan perasaan bersalah.
Untuk apa kau nak minta maaf Aidan? Untuk apa? Supaya aku masih simpan harapan
bahawa awak cuma memain je? Aku terus gelak.
“ Hikhik..Ye,
sedang menangis ini, sebab sedih sangat tengok cerita korea. Perempuan itu
menangis, Armisha rasa sedih pula tengok dia menangis.” Kedengaran Aidan ketawa
di sana. Semakin hancur hati ini mendengar tawanya. Saya pasti, suatu hari
nanti, saya akan merindui gelak tawa itu.
“Aidan..”
“Ye,
Armisha?”
“Boleh tak
saya tahu..Kenapa hubungan kita 3 bulan je? Kenapa tak 3 tahun ke..3 dekad
ke..” Tanyaku sambil berjenaka.
“Saya akan
beritahu Armisha esok.” Hanya itu jawapannya. Terus aku meletakkan telefonku.
Tiada apa-apa yang ingin dibicara lagi. Esok saya akan mengetahui kenapa dengan
hubungan 3 bulan itu? Air mataku pula tidak berhenti mengalir. Terusku ambil
telefonku, buka bahagian galery dan pergi bahagian video. Terus aku tekan
butang play dan video itu dimainkan.
“I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again”
Tertera
video saat Aidan menyanyi lagu Lucky masa Hari Kokurikulum. Semakin kuat aku
menangis. Awak tipu Aidan! Awak tak bertuah pun jatuh cinta kepada kawan baik
awak! Semalaman itu aku ditemani dengan nyanyian Aidan dan air mata.
20
Disember - Inilah dia. Hari sejarah buatku. Hari perpisahan
aku dan Aidan. Aku terlebih dahulu sampai di Taman “Syurga”. Haih..macam biasa,
asyik aku yang datang lebih awal. Aku taknak tunggu lama-lama. Selepas dia
sebut perkataan “Kita berakhir sahaja di sini.” Aku akan terus berlari
meninggalkan Taman ini. Taman di mana kami pertama kali bertemu, taman di mana
kami berdua sama-sama kunjungi apabila bosan, taman di mana aku meluahkan
perasaan aku ini, dan sekarang, taman ini juga akan menjadi tempat kami berdua
berpisah.
2
jam telah berlalu, tapi tidak kelihatan kehadiran Aidan. Adakah Aidan hanya
bergurau? Mungkin dia sebenarnya ingin hubungan kami berdua bersama buat
selama-lamanya? Hati ini juga berharap dia tidak hadir. Kalau dia tidak hadir,
ini bermakna hubungan kami berdua masih diteruskan.
Tiba-tiba
telefonku berbunyi, tertera nama Aidan. Terusku jawab dengan senyuman.
“Aidan!!
Awak memain je,kan?” Jawabku dengan ceria. Tetapi lantas senyuman aku hilang.
Bukan Aidan yang telefon tetapi abangnya, Aldrain Aldien.
“Bukan.
Ini abang Aldrain.” Kata Aldrain.
“Oh. Abang
Aldrain..Mana Aidan?” Tanyaku. Tiba-tiba aku rasa tidak sedap hati.
“Aidan..dia..Aidan
ada dalam hospital sekarang,Misha.” Terus aku tergamam.
“Dia dalam
ICU. Cepat ke sini, Armisha! Dia cakap dia nak berjumpa dengan awak.” Terus aku
letakkan telefon dan berlari keluar dari Taman “Syurga”. Aku terus memanggil
teksi dan mengatakan destinasiku.
******************
Selepas tiba di hospital, aku terus
berlari masuk ke dalam dan bergegas ke kaunter pertanyaan.
“Cik! Mana bilik pesakit bernama Aidan
Alasdair??” Tanyaku.
“Oh. Pesakit itu ada di
dalam bilik ICU4 di tingkat 5,cik..” Kata perempuan itu dengan sopan. Aku terus
berlari ke sana.
Selepas tiba, kelihatan Abang Aldrain
di luar bilik ICU4. “Abang Aldrain!” Panggilku. Aldrain mengangkat kepala dan
berjalan ke arah ku.
“Aidan mana? Aidan mana?” Tanyaku
dengan cemas. Air mataku mula mengenang. Aldrain lantas membawaku masuk dalam
bilik ICU4.
Di dalam bilik tersebut, kelihatan
Aidan berbaring sambil mulutnya ditutup dengan alat bantuan pernafasan. Terdapat
juga beberapa jarum cucuk di kedua belah tangannya. Berasa sangat sedih dengan
keadaan Aidan. Bagaimana semua ini berlaku?
“Aidan!” Panggilku sambil menangis.
Aidan dan ibu bapanya memandang ke arah aku. Kelihatan Aidan tersenyum.Aku
terus berlari ke arahnya.
“Bagaimana? Bagaimana Aidan boleh jadi
macam ni?” Tanyaku. Terasa ada orang mengusap bahuku. Lantas aku memaling muka,
rupa-rupanya ibu Aidan.
“Armisha..bersabarlah..Sebenarnya
Aidan sudah lama sakit, dia kena kanser paru-paru. Kami juga baru tahu 3 bulan
lepas. Doktor cakap, dia tidak dapat diselamatkan lagi, dia hanya dapat
bertahan selama 3 bulan.” Air mata aku makin laju mengalir. Akhirnya jawapannya
telah terjawab. Aidan memberi jangka masa hubungan kami selama 3 bulan, kerana
dia sememangnya akan bersamaku selama 3 bulan. Aidan terus membuka alat bantuan
pernafasannya.Aku ingin melarang tetapi dia hanya tersenyum. Tanganku
digenggamnya.
“Ar..Armisha..Sekarang awak dah dapat
jawapan..kenapa..kenapa kita perlu bersama selama 3 bulan saja,kan?” Katanya
dengan tersekat-sekat. Aku mengangguk sambil menangis. Genggaman kami berdua
semakin erat.
“Kenapa? Kenapa Aidan tak cakap
awal-awal? Selama ini Armisha salah sangka dengan awak. Armisha sangka Aidan
nak dengan Armisha sebab Aidan kesiankan Armisha.” Kataku. Aidan hanya
tersenyum.Dia menggelengkan kepalanya.
“Aidan taknak Armisha risau sebab
Aidan cintakan Armisha.” Semakin terharu aku mendengarnya melafazkan tiga kata
itu. Kenapa awak perlu meninggalkan aku,Aidan?
“Jadi,saya..saya nak cakap…” Aidan
terhenti seketika. Aldrain berdiri di sebelahku dan dia mengusap kepala Aidan,
memberi kekuatan Aidan untuk mengatakannya. Aku yang sudah tahu apa yang dia
ingin katakan hanya mengenggam tangannya ke dadaku.
“Sampai di sini sahaja hubungan
kekasih kita. Tetapi, Kekalkanlah hubungan persahabatan kita buat
selama-lamanya.” Sambungnya sambil mengusap pipiku. Disekanya air mataku. Aku
hanya tersenyum.
“Jangan tinggalkan saya,Aidan! Awak
mesti kuat!” Kataku penuh mengharap. Dia menggelengkan kepala. Saya tahu,
permintaan kali ini dia tidak dapat tunaikan.
“Sebelum saya pergi..” Kata ‘pergi’
itu membuatku semakin hiba. Kesemua kami memandangnya.
“Tunaikanlah permintaan
Aidan ini,Armisha. Ciumlah Aidan buat kali terakhir.” Katanya. Mataku terus
membuntang. Saat macam ini sempat dia buat permintaan macam itu. Ibu bapa
Aldain dan Aldrain hanya buat muka selamba.
“Armisha..” Panggilnya lembut dan
menarik mukaku dekat ke mukanya. Akhirnya bibir kami berdua bersatu.Dapat ku
rasakan dia memelukku dengan erat. Aku berasa sangat selesa di dakapannya. Aku
pasti akan merindui dakapan dan kucupan ini. Aku menutup mata dan air mataku
mengalir.
Tiba-tiba ku rasakan pelukannya semakin
renggang. Jantungku berdegup dengan kencang. Lantas aku menjauhkan mukaku
darinya. Kelihatan matanya tertutup dan alat mengesan denyutan nadi Aidan
berbunyi menandakan tiada denyutan nadi lagi dikesan.
“Ai…Aidan!! Bangun Aidan! Jangan
tinggalkan Armisha,Aidan! Aku cakap bangun!” Kataku sambil mengoyang-goyangkan
badan Aidan yang sudah kaku. Ibu Aidan menarikku ke dalam dakapannya.Aku
menangis semahu-mahunya di dalam dakapan ibu Aidan. Ibu bapa Aidan dan Aldrain
juga menangis kepergian anak dan adik mereka.
23
Disember – Akhirnya jenazah Aidan dengan selamatnya dikuburkan. Tak pernah
terpikir olehku Aidan akan pergi tinggalkan ku sendiri. Air mataku tidak
berhenti mengalir selama tiga hari ini. Kenapa awak tinggalkan aku,Aidan? Awak
cakap awak cintakan aku. Kenapa awak tinggalkan aku??
Semua orang
telah tinggalkan tanah perkuburan tersebut. Malah, keluargaku juga telah balik
ke rumah. Aku masih tidak ingin pulang. Berat hati ini ingin meninggalkan kubur
Aidan. Aku masih tidak dapat menerima kepergiannya. Aku hanya merenung kubur
arwah Aidan.
Tiba-tiba
terasa seperti ada orang menyentuh bahuku. Lantas aku menoleh. Dengan wajah
terkejut aku memandang orang tersebut. Kenapa rupanya seperti Aidan?
Kelihatannya dia tersenyum.
“Ai..Aidan?”
Tanyaku. Lelaki itu terus mengerutkan dahinya.
“Apa awak
merepek ni,Armisha? Saya Abang Aldrain lah.” Katanya sambil ketawa. Bila aku
pandang betul-betul muka dia, baru aku perasan itu bukan Aidan, itu abangnya.
Ya. Muka mereka berdua serupa, Cuma muka Aldrain lebih matang. Aku terus
menyeka air mataku.
“Jom. Kita
balik. Esok, kita ke sini lagi.” Kata Aldrain. Dengan rasa keberatan aku
mengangguk kepala.Aku berdiri dan Aldrain memeluk bahuku untuk memberi
semangat.Kami mulakan langkah kami untuk beredar dari tanah perkuburan
tersebut.
Beberapa
langkah lagi tiba ke kereta Aldrain, aku menoleh sekali lagi ke tanah
perkuburan arwah Aidan. Ya, Aidan. Saya akan lupakan awak sebagai
kekasih.Tetapi, saya akan ingat awak sebagai sahabat yang paling baik
selama-selamanya dihatiku.Itu janjiku Aidan.
#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#
Armisha
menutup diarinya sambil menyeka air matanya. Tiba-tiba rasa rindu akan
sahabatnya, arwah Aidan.
“Sayang,
kenapa menangis ni?” Tanya Aldrain yang bari sahaja masuk ke dalam bilik.
Armisha dan Aldrain berkahwin setelah 2 tahun bersama sebagai kekasih. Aldrain
telah dapat membuat Armisha lupa akan Aidan dan menerimanya seadanya.
“Takdelah,bang.
Saya baca diari saya dulu yang arwah Aidan beri. Banyak kenangan kami berdua
saya tulis dulu.” Kata Armisha tersenyum sambil menyimpan diari tersebut dalam
kotak.
“Sayang rindu
arwah ke?” Tanya Aldrain sambil memeluk Armisha dari belakang. Armisha hanya
mengangguk.
“Emm, esok
kita ziarah kubur arwah,nak?” Tanya Aldrain. Lantas aku mengangguk sekali lagi.
“Papa! Mama!”
Kedengaran seorang kanak-kanak memanggil Armisha dan Aldrain dengan panggilan
papa dan mama. Mereka berdua terus menoleh melihat anak mereka berdua berlari
anak-anak ke arah mereka berdua.
“Ye, puteriku
Aidan..ada apa,sayang” Tanya Aldrain sambil mencubit manja-manja pipi anak
perempuannya.Nama sebenar anak mereka berdua ialah Aidannia Aldein.
“Ai..Aidan
laparlah, papa.” Rengek Aidannia. Armisha dan Aldrain ketawa melihat gelagat
anak mereka.
“Kalau macam
tu, Aidan mesti tolong mama masak,tau?” Kata Armisha. Aidannia hanya
mengangguk. Aldrain pernah sekali berkata “Perangai Aidannia kita ini sebijik
macam perangai arwah Aidan.” Armisha hanya tersenyum mendengarnya. Aidan…sampai
sekarang masih tiada orang menganti tempat persahabatanmu di dalam hati ini.