Uploaded with ImageShack.us

Tuesday, October 30, 2012

Cerpen : Kisah Persahabatan


                Kelihatan Erma menunggu seseorang di hadapan pagar sekolah. Dia kelihatan sangat gelisah. Di dalam minda dia mengandungi berbagai-bagai soalan yang ingin dia tujukan kepada sahabatnya itu. Sejak dia dan sahabatnya itu tidak berada di dalam kelas yang sama, mereka berdua semakin jarang bertegur.Malah, setiap kali Erma mengajaknya untuk berjalan-jalan ke Shopping Mall, pasti ada alasan sahabatnya berikan.
                Sedang Erma leka memikirkan apakah masalah rakannya yang sering menghindar daripadanya, kelihatan sahabatnya keluar dari pagar sekolah.Erma lantas mengejar sahabatnya.
                “Della!” Della yang sedang khusyuk berbual dengan rakannya lantas memaling ke arah Erma. Seketika kemudian Della menghadap rakannya kembali.Erma yang tidak puas hati akan sikap Della yang tidak mengendahkannya lantas berdiri di hadapannya.Della terkejut akan kelakuan Erma.
                “Eh,Erma. Emm..Ada apa?” Della kata sambil senyum. Erma membalas senyuman Della.
                “Sabtu ni kita jalan-jalan kat Times Square nak tak? Lama kita tak pergi sana.” Tanya Erma riang. Della mengeluh.
                “Tak dapat la Erma…Saya perlu pergi tuisyen sabtu ni. Sejak purata mata pelajaran saya menurun, ayah saya memarahi saya dan setiap hari saya perlu pergi tuisyen untuk meningkatkan lagi purata saya.Maafla.” Ternyata Erma kecewa.Tetapi dia tidak memaksa, dia memahami akan situasi Della.Erma hanya mengangguk.
                “Okeyla, Saya perlu pergi.Nanti perlu pergi tuisyen.Bye.” Sebelum Erma membalas, Della terlebih dahulu meninggalkan Erma.Erma hanya memandang dari jauh.
**********
                Erma sedang duduk menghadap buku Sejarah sambil menopang dagunya. Mata pelajaran tersebut sememangnya membuat dia bosan tahap gaban.Diselak-selaknya lagi muka surat buku tersebut dan akhirnya dia mengeluh. Petang itu otaknya langsung tidak dapat memproses apa-apa yang dibaca olehnya. Ketika itu otaknya asyik berfikir akan Della yang telah berubah sikap terhadapnya.
                Tok!Tok!Tok! Kedengaran pintu bilik Erma diketuk. Erma hanya memandang pintu biliknya, malas untuk menyaut. Seketika kemudian terjengul kepala ibunya dari luar. Ibunya tersenyum.
                “Boleh mama masuk?” Erma hanya mengangguk.Lantas ibunya duduk atas katil Erma. Erma membalas senyuman ibunya.
                “Erma sedang buat apa? Ini mama ada tolong buatkan ribena untuk Erma” Ibu Erma menghulurkan segelas ribena kepada Erma.
                “Terima kasih, ma. Erma sedang belajar Sejarah. Huh…tapi, tak masuk apa-apa pun dalam otak ni.” Kata Erma sambil menekan-nekan dahinya.Ibunya hanya tersenyum melihat gelagat anaknya.
                “Erma ini tertekan sangat mama tengok. Erma tak jalan-jalan dengan kawan lagi ke? Pergi Shopping Mall ke..”Tanya Ibu Erma. Risau juga dia melihat anaknya yang lebih memerapkan diri di dalam bilik setiap hari.Erma mengeluh lagi.
                “Della sibukla mama..” Ujar Erma. Ibunya mengangkat kening.
                “Takkanlah Erma berkawan dengan Della saja? Jalan-jalan lah dengan kawan lain.” Erma tiba-tiba tersengih.
                “Haa..taknak lah. Malas. Lagipun Erma malu rasa jalan-jalan dengan orang lain, rasa macam janggal saja.” Ibu hanya menggelengkan kepala.
                “Kalau macam tu bila Della boleh keluar? Erma tak ajak dia ke?” Tanya ibunya. Tahun lepas hampir setiap minggu mereka berdua berjalan-jalan ke Shopping Mall. Tapi, tahun ini mereka belum pernah keluar ke mana-mana.
                “Erma ada ajak. Tapi…Della sibukla mama. Dia setiap hari ada tuisyen.Erma taknak paksa.” Adu Erma.Ibunya hanya tersenyum. Dia tahu Erma ingin memberitahu sesuatu mengenai mereka berdua.
                “Erma dan Della ada masalah ke?”
                “Entahlah,mama.Della nampak seperti ingin menjauhkan diri daripada saya.Saya ada buat apa-apa salah dengan dia ke mama?Setiap kali saya tanya apa masalahnya, dia hanya menafikan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa masalah. Kadang-kadang saya merasakan hubungan persahabatan kami berdua sudah tiada,HILANG! Erma dah tak faham dah.” Erma hanya menunduk.Dia sememangnya sangat risau akan pertalian persahabatannya dengan Della.
                “Mungkin dia memang sibuk tu..yala, setiap hari ada tuisyen,mesti dia sangat letih. Lain kali kalau Erma dan Della ada masa bersama, korang boleh berbincang,kan?” Erma hanya termenung memikirkan kata-kata ibunya.Ibu lantas berdiri dan ingin keluar dari bilik Erma.
                “Erma rehat dulu.Nanti sambung belajar.Lagipun cerita Nada Cinta dah lama mula.” Erma yang termenung lantas tersedar selepas mendengar ibunya menyebut cerita kegemarannya.
                “Aaarr!!Mama!!Kenapa tak cakap awal-awal Nada Cinta dah mula??” Erma bergegas keluar dari biliknya dan ke ruang tamu.Ibu hanya ketawa.
**********
                “Baiklah.Sampai di sini sahaja pelajaran kita.Jumpa minggu depan semua.” Ujar Cikgu Rokiah iaitu guru tuisyen Della. Della segera mengemas buku-buku dan alat tulisnya.Selepas siap berkemas, Della berjalan keluar meninggalkan Pusat Tuisyen. Dalam perjalanan balik ke rumah, Della seperti merasakan dirinya diekori. Apabila Della memaling ke belakang, dia tidak melihat sesiapa di belakangnya. Della meneruskan perjalannya. Tidak sampai seminit, tiba-tiba badan Della ditarik. Sebelum Della sempat menjerit, orang yang menariknya lantas menekup mulutnya. Della diheret ke kaki lima dan dia ditolak ke tepi dinding.Della hanya mengaduh.
                Della tidak dapat mengenali siapa yang menolaknya kerana lelaki tersebut mengenakan topeng. Kelihatan lelaki tersebut tersenyum miang memandang Della.Della mula merasakan bulu romanya meremang.Della mula berasa takut.
                “Jangan!Jangan!Jangan ganggu saya!Saya mohon encik! Jangan ganggu saya!” Pohon Della sambil menangis.Dia benar-benar berasa takut dan mengharap sesiapa menolongnya. Lelaki tersebut tidak peduli akan rayuan Della.Malah, dia semakin mendekati Della yang masih duduk akibat tolakannya tadi.
                “Tolong,encik!!!Jangan!!Jangan apa-apakan saya!” Jerit Della.
                Kelihatan Erma sedang membeli sedozen telur di Market 24 hour. ‘Mama ni…malam-malam macam ni juga dia suruh saya beli telur.Esok tak boleh ke? Tak boleh tengok hidup saya senang sikit ke? Aiya..’ Sementara Erma sedang melayan perasaannya, kedengaran seperti ada seseorang menjerit meminta tolong.
                “Aaarrghh!Tolong!Tolong!Jangan ganggu saya!Tolong saya!” Suara tersebut semakin kuat menandakan orang tersebut tidak jauh dari tempat Erma berdiri.Namun Erma berasa hairan.Suara tersebut seperti dia kenal.Setelah berfikir,’Della!’ Erma lantas berlari ke arah suara jeritan Della.
                “Woi,Miang!Lepaskan dia!”Jerit Erma selepas terjumpa Della. Lelaki tersebut terus menghentikan kerja terkutuknya.Lelaki tersebut tidak berasa gentar malah semakin gembira.
                “Kenapa,dik? Adik nak jugak? Hahahahaha” Lelaki tersebut ketawa terbahak-bahak.Kedengaran Della menangis teresak-esak kerana masih takut.Erma menjengilkan matanya.
                “Boleh…Boleh blah la miang!” Marah Erma tanpa berasa takut. Lelaki tersebut yang masih ketawa terus berhenti.Lelaki tersebut berasa sangat marah atas keberanian Erma.
                “Kurang ajar!” Lelaki tersebut meluru ke Erma dengan sebatang kayu di tangannya. Sebelum lelaki tersebut sempat memukul Erma, dia terlebih dahulu memukul kepala lelaki tersebut dengan plastik yang mengandungi telur dibelinya tadi.
                “Aduh!” Lelaki tersebut terus memegang dahinya yang sakit.Erma mengambil kesempatan dengan menendang lelaki tersebut.Lelaki tersebut kurang stabil dan jatuh.Tanpa membuang masa, Erma memukul lelaki tersebut sekali lagi dengan plastik mengandungi telur-telur sekali lagi.
                Seketika kemudian badan lelaki tersebut tidak bergerak lagi.Erma terus menghentikan pukulannya. ‘Alamak!Dia dah mati ke? Biarlah, lagi bagus dia mati.Miang!’ Kutuk Erma dalam hati. Erma terus mendapatkan Della yang masih menangis.
                “Della.Ini Erma.Jom,kita balik rumah saya dulu.Hari dah lewat malam ni.Lagipun rumah saya dekat lagi.Jom.” Della hanya mengangguk sambil berdiri.Dia juga mengaturkan bajunya.Erma tolong memapah Della.Semasa mereka berdua melalui depan lelaki tadi, Erma sempat lagi menendang kepala lelaki tadi.
                “Saya dah balik,mama!” Laung Erma selepas masuk ke dalam rumahnya.Della hanya mengikutinya.
                “Ha! Mana te….”kata-kata Ibu Erma lantas tersekat selepas memandang Della berdiri di sebelah anaknya.Erma yang memahami akan reaksi ibunya hanya tersenyum.
                “Nanti Erma ceritakan.” Erma terus membawa Della masuk ke biliknya. Ibunya masih berdiri memandang mereka berdua berlalu dari situ.
                “Duduklah.”Kata Erma menyuruh duduk atas katilnya terlebih dahulu.Della masih mendiamkan diri kerana dia masih dalam keadaan trauma.Erma berasa kesian melihat Della.Sungguh bernasib baik Della kerana pada waktu perkara ngeri tersebut berlaku dia berada di situ.
                “Saya keluar dulu nak ambil air untuk awak.Saya juga ingin menelefon ayah awak yang awak bermalam di sini malam ni.” Erma beritahu Della.Della hanya mendiamkan diri.Erma hanya senyum dan meninggalkan biliknya.
                Seketika kemudian Erma kembali ke biliknya dengan segelas air suam di tangannya. Erma menghulurkan gelas itu kepada Della, namun tidak disambutnya. Kelihatannya Della sedang termenung jauh.Mungkin dia masih trauma.Erma meletakkan gelas air atas meja solek.
                Erma duduk di sebelah Della dan merangkul bahu Della.Della memandang wajah Erma. Lantas Della meletakkan kepalanya atas bahu Erma sambil menangis teresak-esak. Erma mengusap-usap kepala Della untuk memujuknya.Della menangis semahu-mahunya pada malam itu.Hatinya sememangnya berasa sangat kesal dan takut ketika itu.
**********
                Pada pagi itu Erma dan Della sarapan bersama-sama.Ibu Erma awal pagi sudah bertolak bekerja. Hari itu ialah hari Sabtu.Erma dan Della ketika itu tidak berbicara.Masing-masing melayan perasaan sendiri.Erma memandang Della.
                “Awak tak apa-apa?”Tanya Erma. Della hanya menggelengkan kepala sambil makan nasi goreng.Dia langsung tidak memandang Erma.Erma hanya mengeluh. ‘kalau Erma dan Della ada masa bersama, korang boleh berbincang’. Kata-kata ibunya dahulu terngiang-ngiang di telinganya. Erma mengangguk, mungkin sekarang adalah waktunya.
                “Kenapa awak selalu menjauhkan diri daripada saya?”Tanya Erma serius. Della berhenti mengunyah dan memandang Erma.Dahinya berkerut.
                “Bukan awak ke yang selama ini tak mempedulikan saya?” Erma membesarkan matanya.
                “Tak peduli apa nya?? Setiap kali aku ajak kau jalan-jalan kau tolak.Siapa tak peduli siapa ni?”
                “Yela tu…Dulu masa saya lalu depan awak, awak tak mempedulikan saya langsung.Macam saya ini tak wujud je.”
                “Eleh! Macam la dia ada layan saya.Masa saya memanggil nama awak.Awak buat tidak tahu je…”
                “Siapa cakap aku tak peduli?”Jerit Della.
                “Siapa cakap aku tak peduli jugak?”Jerit Erma balik.Seketika mereka berdua diam membisu.Memandang antara satu sama lain.Seketika kemudian mereka berdua ketawa. Rupa-rupanya selama ini hanya salah faham.
                “Sebenarnya saya berasa malu kerana awak lebih bagus daripada saya.Kita berdua sudah tidak setaraf. Pada mulanya saya tidak kisah dengan perkara itu, tapi semakin hari saya dapat merasakan hubungan persahabatan kita berdua semakin renggang.Jadi saya memikirkan lebih baik saya tidak menganggu awak lagi.”Kata Della dengan nada sedih.Erma hanya mengeluh.
                “Walaupun kita berlainan kelas, kita tetap kawan tau.Kalau awak merasakan perbezaan kelas merupakan penghalang persahabatan kita berdua,saya akan membantu awak.Saya akan membantu awak meningkatkan purata awak.Kalau boleh, saya akan turunkan purata saya, supaya kita berdua berada di dalam kelas yang sama dan kekalkan talian pershabatan kita berdua.” Ujar Erma. Della ketawa mendengar kata-katanya.Della hanya mengangguk.Selepas itu mereka berdua saling berpelukan.
                “Awak jangan pergi tuisyen lagi.Biar saya jadi cikgu awak,setiap hari selepas waktu sekolah, kita akan belajar di rumah awak.Saya taknak peristiwa itu berlaku lagi.” Jelas Erma.
                “Terima kasih sangat sebab sudah menyelamatkan saya semalam.Saya tidak tahu apa akan berlaku kalau awak tak muncul semalam.Saya betul-betul berasa takut.” Kata Della.Air matanya mengenang lagi.Erma menyeka air mata Della.Erma tersenyum.
                “Sudahlah.Jangan difikirkan lagi. Yang penting awak selamat sekarang. Lagipun saya rasa lelaki tu dah mati kot.Yala..kena pukul dengan sedozen telur katakan.hahaha” Kata Erma tanpa berasa bersalah. Buat apa berasa bersalah dengan orang miang macam itu? Sekali lagi Della gelak. Erma senang hati melihat keadaan Della pagi ini.
**********
                Selepas itu, Erma menceritakan peristiwa Della yang hampir diperkosa kepada keluarga Della. Keluarga Della sangat terkejut mendengar cerita Erma.Erma menyarankan agar Della tidak ke tuisyen lagi malah dia menawarkan diri untuk menolong Della.Keluarga Della bersetuju akan cadangannya.
                Setiap hari selepas waktu persekolahan, Erma dan Della akan belajar di rumah Della. Semakin hari purata Della semakin bertambah dan akhirnya dia ditempatkan di dalam kelas bersama dengan Erma.Semoga pertalian persahabatan mereka Erma dan Della akan kekal selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment